Blizzard telah memulakan ujian beta awam Overwatch 2 pada 28 Jun 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Namun, terdapat beberapa isu yang dijumpai oleh pemain bahawa mereka tidak dapat masuk ke dalam game.
Walaupun Overwatch 2 akan menjadi game percuma untuk dimainkan semasa pelancarannya pada 4 Oktober 2022, pemain boleh membuat pra-pesan untuk menyertai ujian beta awam ini. Malangnya, ramai orang telah menghadapi masalah di mana mereka tidak dapat masuk ke dalam game sejak ujian beta dimulakan.
Buat masa sekarang, ujian beta ini boleh dimainkan melalui bundle yang dijual dan dijemput oleh Blizzard melalui email yang pernah didaftarkan. Nampaknya server sedang mengalami masalah yang agak terus kerana ramai pemain yang sedang memasuki game dalam satu masa. Disebabkan itu, ramai pemain akan jumpa skrin error dan tidak masuk ke dalam game.
Ini adalah peluang pertama kepada pemain konsol untuk menyertai ujian beta memandangkan ujian sebelum ini adalah khas kepada pemain PC sahaja. Ujian beta awam ini akan berakhir pada 18 Julai 2022 tetapi ia boleh dipanjangkan lagi sekiranya diperlukan.
Overwatch 2 adalah salah satu game yang dinanti-nantikan oleh ramai pemain pada tahun 2022. Dengan peminat yang ramai pada game yang pertama, sudah pasti mereka tertunggu-tunggu untuk menyertai ujian beta awam ini.
Sehingga kini, masih terdapat perdebatan mengenai Overwatch 2 yang sepatutnya hanya sekadar kemas kini kepada game originalnya daripada membangunkan game baru. Memandangkan terdapat penambahan kepada mode PvE di Overwatch 2, ini bermakna Blizzard akan menambah lebih banyak kandungan pada masa datang.

Pendaftaran ujian beta awam ini telah ditutup dan mereka tidak lagi menerima sebarang penyertaan kecuali membeli bundle yang akan membenarkan anda menyertai ujian ini. Bagi saya, ianya adalah masalah yang biasa berlaku apabila ramai pemain yang ingin memasuki game tersebut dan server tidak dapat menampung jumlah pemain yang ramai.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post