Capcom memberi peluang kepada pemilik PlayStation 4 untuk mencuba dahulu expansion Iceborne untuk Monster Hunter: World dalam dua ujian beta dengan yang pertama bermula 21 Jun ini.
Beta pertama Monster Hunter: World Iceborne ialah eksklusif untuk pelanggan PlayStation Plus, dan akan berlangsung bermula Jumaat, 21 Jun 10 AM sehingga Isnin, 24 Jun 10 AM. Beta kedua pula dibuka kepada semua pemilik PS4, dan berlangsung daripada Jumaat, 28 Jun 10 AM sehingga Isnin, 1 Julai 10 AM. Pemain tidak memerlukan salinan Monster Hunter: World untuk mengambil bahagian.
Capcom kata bahawa beta akan mengandungi tiga quest: The Great Jagras Hunt daripada Monster Hunter: World original, pertempuran menentang Banbaro: wyvern ganas bertanduk baru, dan memburu Tigrex, yang kembali ke francais di expansion Iceborne. Pemain mempunyai akses kepada 14 senjata dan alat baru, seperti Clutch Claw Grapple Mechanic untuk Slinger.
Monster Hunter: World Iceborne ialah expansion terbesar untuk game ini, menurut kata Capcom, dan mempunyai jalan cerita baru, locale baru, dan raksasa baru untuk lawan. Iceborne bernilai sekitar RM167 untuk Standard Edition dan Digital Deluxe Edition yang mempunyai pelbagai content menarik bernilai pada RM207. Add-on ini akan keluar di PS4 dan Xbox One pada 6 September, dan versi PC dijangka akan keluar pada musim sejuk tahun ini.
Sumber – Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post