Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berpindah-randah bersama rakan! Jom usha Review Moving Out PS4 kami!

Jangan lupa baling barang!

Nyny.A by Nyny.A
May 18, 2020 - Updated on June 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, Steam, Xbox One
0 0
0
Berpindah-randah bersama rakan! Jom usha Review Moving Out PS4 kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa selalu berpindah randah rumah? Mesti korang semua pernah merasa keletihan keluat masuk barang rumah ketika berpindah bertul tak? Dengan pembersihan, angkat barang berat dan merancang semula deko dirumah, pernah terfikir tak untuk membawa semua stress itu kedalam permainan video? Sebuah pembangun permainan video disebalik permainan yang dimaksudkan iaitu Moving Out berjaya melakukannya dan entah bagaimana mereka berjaya menghasilkan chaos seperti itu dan menjadikannya permainan co-op yang menyeronokkan dan panik di mana anda sehingga tiga rakan bekerja sepanjang masa untuk membantu membersihkan rumah dari harta benda mereka yang rapuh dan masuk ke dalam trak secepat mungkin .

Dengan permainan yang sederhana tetapi menghiburkan, visual yang berwarna-warni dan senario permainan kreatif, Moving Out adalah tajuk berbilang pemain yang menyeronokkan, tetapi adakah sebaik inspirasi seperti permainan Overcooked? Ya atau tidak, penerbit permainan Team17 yang sama ini membawa Moving Out kepada genre yang unik dan kami berpeluang mencubanya sendiri!

Pengenalan awal permainan

Moving Out mengeluarkan gaya dari awal dengan pengenalan kepada syarikat pindah rumah yang dipersoalkan dengan estetika 1980-an, lengkap dengan muzik synth-pop yang optimis. Sebagai Furniture Arrangement & Relocation Technician, atau FART ~Sebuah singkatan yang agak lawak, kami bermula dengan mendapat tutorial pembukaan yang cepat menerangkan mekanik sebelum dilepaskan di bandar Packmore untuk menandakan pergerakan yang semakin mencabar.

Dalam permainan ini, pasukan anda akan melakukan pelbagai pekerjaan pelupusan yang pelik seperti membawa anda untuk memasukkan barang ke dalam lori secepat mungkin dari membaling beg di kapal terbang secepat mungkin. Senang cerita, pelbagai cabaran yang perlu diselesaikan semasa berpindah itu yang sentiasa menghalang kita untuk terus membuat pekerjaan.

Andai kata misi penyelesaian anda pertama kali dengan rekod yang hodoh, jangan risau, anda boleh sentiasa ulangi misi tersebut dan pecahkan rekod anda semula. Objektif setiap misi adalah untuk mendapatkan “gold”. Bermain dengan ahli keluarga kami, memang seronok terutama dengar mulut masing-masing membebel arah itu dan ini.

Lebih seronok bermain bersama rakan dan keluarga!

Ya memang lebih seronok untuk bermain secara co-op, tetapi bagi yang bermain solo jangan risau kerana ada mod assist yang membantu anda. Dua mod yang berbeza tersedia iaitu Assist dan Regular dimana keduanya mempunyai Medals yang berbeza. Tetapi terdapat objektif bonus dalam kedua mod ini.

Beberapa ciri yang turut ada dalam mod Assist:

  • Mempunyai had masa yang lebih lama
  • Barangan akan hilang ketika penghantaran sebaliknya mod Regular perlu dishuffle semula barangan anda didalam trak.
  • Tahap kesukaran dikurangkan. Kiranya disini tiada tahap berbahaya atau element melambatkan perjalanan. Tutorial disediakan dan mengajar kami bagaimana untuk tampar barangan yang cuba untuk menyerang kita.
  • Paling menarik, andai kata kalau anda kecewa tak lepas-lepas level yang dilalui, jangan risau ianya akan auto melangkau ke level seterusnya.
  • Barangan 2P yang lebih ringan. Barangan yang lebih besar agak senang dibawa walaupun bersendirian.

Selain itu, permainan ini turut terdapat sedikit fizik permainan seperti membaling barangan yang seperti disebut dalam misi diatas, tetapi dalam misi seperti ini, kawasan untuk sasaran tidak begitu tepat. Anda juga perlu tekan butang tiga segi banyak kali untuk mengetahui barangan mana yang perlu diangkat. Kadang-kadang nak grip barang pun asyik terlepas jadi ianya akan membazir sedikit masa dan rasa terkejar-kejar.

Perlu diingat dalam permainan ini buakan semua barang boleh dibaling dicampak suka-suka. Ada barangan “FRAGILE” juga okay! Barangan ini akan ditanda warna merah dan itu bermaksud pemain DILARANG membalingnya! Makin besar barangan makin berat dan ianya tidak boleh dicampak macam tu sahaja terutama kalau bergerak sendirian.

Makin meningkat level makin banyak halangan dan juga barangan yang akan membantu anda. Seperti contoh halangan yang menyukarkan keadaan adalah kita tidak dapat melalui air. Selain itu ada juga tanjakan salji yang memudahkan kita untuk letak barang dan slide terus ke kawasan.

Kecuali jika anda mencari bonus, jika ada tingkap, anda boleh melompat dan pecahkan hanya melakukannya untuk kelajuan untuk selesaikannya. Boleh juga membuang barang-barang yang lebih kecil melaluinya. Eh ada juga lawak-lawak dalam permainan ini agak kelakar dan membuatkan kita jadi kebudak-budakan! Contohnya kami dapat memandu dalam peta dan langgar je mana-mana kereta dan barangan!

Ciri permainan yang selebihnya~

Sebagai permainan pemain tunggal, tidak mengapa, seperti anda bermain satu atau dua peringkat, kemudian lakukan perkara lain. Jadi jangan risau kalau rasa tepu bermain bersedirian kerana ianya boleh dimainkan sehingga 4 pemain maximum dalam co-op.

Watak anda boleh di kustom okay! Pelbagai watak yang boleh di kustom termasuk terdapat rupa macam cicakkobeng, telur mata kerbau  dan ada juga aksesori yang boleh dipakai! Banyak watak lah untuk anda buka. Selain itu objektif bonus coins boleh diguna pada kawasan arked yang anda boleh lihat dalam peta tapi tak dibuka terlalu awal dalam level la~ Terdapat bonus stage yang digelar Memories, kiranya ianya diibaratkan tugas pindah barang sebelum syarikat ini lah.

Kesimpulanya~

Moving Out secara keseluruhannya memberikan pengimbangn yang stabil. Sebuah permainan party yang sememangnya lebih seronok dimainkan secara co-op. Untuk solo pula tidak lah begitu teruk, cuma pastikan buka mod Assist kerana banyak perabot besar yang sukar untuk dipindahkan jadi bantuan sangat diperlukan.

Jadi andai kata anda memang peminat permainan seperti Overcooked dan Tools Up, Moving Out adalah permainan yang sememangnya perlu ada ditangan anda terutama musim PKP ini, lebih seronok mainkannya bersama keluarga anda. Ha lagi satu, kalau rasa stress, anda dipersilakan guna permainan ini untuk membaling segala perabot anda! Moving Out kini tersedia di platform PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC via Steam.

Muat turun di sini
Moving Out
Release Date: 2020-04-28
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, Xbox One
Adakah anda bersedia untuk kerjaya yang menarik dalam perabot? Sebagai Furniture Arrangement & Relocation Technician yang baru diperakui, anda akan mengambil alih pekerjaan di seluruh bandar Packmore yang sibuk. Smooth Moves mungkin bukan syarikat bergerak terbesar, tetapi tidak ada tugas yang terlalu berbahaya atau aneh bagi pasukan pindah barang yang sibuk ini. Kembangkan perniagaan anda ke tahap baru yang berani, merekrut watak disesuaikan berwarna-warni, dan selamatkan bandar anda dari bahayanya perabot!  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Moving Out

7 Score

Sebuah permainan yang seronok dimainkan bersama rakan dan keluarga

PROS

  • Bergantung pada rasa anda, permainan yang cukup lucu
  • Assist Mode sangat membantu dan ianya sebuah permainan coop yang menarik
  • Pelbagai watak untuk dikustom dan semuanya comel!

CONS

  • Agak sukar dalam mod solo terutama mengangkat barang yang berat
  • Boleh dikatakan tidak terlalu banyak variasi dalam permainan

Review Breakdown

  • Korang suka game comel yang boleh main co-op? Moving Out lah jawapanya. 0
Tags: Moving OutreviewReview Moving Outteam17Ulasan Moving Out
Previous Post

Besiap dengan aksi Tony Jaa dan Mila Jovovich kerana Monster Hunter akan ditayangkan di GSC 3 September ini!

Next Post

“Kurang sengit dan lebih sosial dalam VALORANT” – Ini adalah Ulasan temu ramah bersama Joe Ziegler & Anna Donlon

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Kurang sengit dan lebih sosial dalam VALORANT” – Ini adalah Ulasan temu ramah bersama Joe Ziegler & Anna Donlon

"Kurang sengit dan lebih sosial dalam VALORANT" - Ini adalah Ulasan temu ramah bersama Joe Ziegler & Anna Donlon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd