PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile atau PUBG Mobile telah pun memasuki musim ke 19 dengan membawa tema Traverse. Ianya telah pun bermula sejak 17 Mei dan pada pada kemaskini musim baru ini, pemain boleh menjadi serangga miniatur semasa in-game. Jadi kami ingin kongsi dengan anda beberapa info untuk PUBG Mobile Season 19:
Patch 1.4
PUBG telah melancarkan patch terbaru iaitu versi 1.4 bermula pada 11 Mei yang lalu. Patch ini mengandungi Titan Strikes yang akan membawa pemain ke medan perang dengan makhluk Titan seperti Kong di Sanhok dan Godzilla di Erangel.
Selain itu, bermula 8 Jun nanti, kandungan baru untuk musim ke-19 akan bermula. Mod Microcosm ini akan menjadikan anda serta pemain lain bertukar kepada saiz serangga kecil yang hanya boleh dikalahkan dengan senjata khas serta pan. Pemain yang menjadi Insectoids mempunyai keupayaan visual khas dimana mereka boleh melihat Luminator dalam kawasan peta. Anda boleh mengumpulkan Luminator dan menukarnya di Energy Store untuk item khas atau boleh digunakan bagi membuka wormhole dan bergerak ke makmal lain dengan mudah.
Kandungan Arena baru dan kereta Coupe RB
Patch ini turut menambahkan kawasan baru untuk Arena, iaitu The Hangar yang akan bermula pada 1 Jun nanti. Kemaskini baru ini menyokong mod TDM, Arena Training dan Team Gun Game bagi pemain merasai keseronokkan berperang di Hangar.
Tambahan lain dalam path 1.4 ini adalah sebuah kereta lumba dengan dua penumpang, iaitu Coupe RB. Kereta lumba ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150km/h bagi anda meloloskan diri dengan cepat dari musuh. Coupe RB ini tersedia di peta Erangel, Miramar, Sanhok dan Livik.
Patch versi 1.4 turut mengandungi kandungan Royale Pass Season 19: Traverse. Kemaskini terbaru ini memerlukan 660 MB ruang simpan untuk Android dan 1.67 GB untuk iOS. Seperti kemaskini sebelum ini, pemain yang tidak memuat turun kandungan baru tidak boleh bersama dengan rakan mereka yang telah pun menggunakan kemaskini baru.
Skin terbaru untuk Musim ke-19
Antara skin terbaru yang pemain akan dapat secara percuma musim ini adalah seperti skin outfit untuk pemain yang telah mencapai tier Platinum dan skin mask di tier Diamond. Manakala bagi mereka yang telah mencapai tier Crown, anda akan menerima skin M249 Season 19 serta 1300 silver dan skin Parachute Season 19 di tier Ace bersama nametag Ace.
Ganjaran Royale Pass Season 19
Untuk ganjaran bagi mereka yang melanggan Royale Pass PUBG musim ini, anda akan mendapat skin senjata seperti Mini-14 Insect Queen, UMP45 Alien dan Wonderland AKM. Bagi skin outfit pula, pemain akan menerima Garden Observer set dan boleh memilih antara set General Beetle dan Queen Insect di RP100 nanti.
Selain itu, pemain turut menerima skin kapal terbang Ancient Vine Finish dan skin Parachute Scarab Totem. Tidak ketinggalan juga emote eksklusif iaitu Legendary Flex Muscle Emote untuk para pelanggan Royale Pass Season 19.
Jadi tunggu apa lagi? Muat turun kemaskini baru ini sekarang mulakan pertempuran musim baru di PUBG Mobile Season 19 Traverse! Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi PUBG Mobile.

@gamersantaimy
Discussion about this post