Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan DLC baharu sebagai tambahan dalam SD Shin Kamen Rider Rumble yang bakal tersedia di Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 27 April 2023.
DLC tersebut menampilkan beberapa watak yang terkenal dalam barisan Shin Japan Heroes Universe termasuk Shin Godzilla, Evangelion dan Shin Ultraman. Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap DLC pack yang ditambah:
Evangelion Pack – 11 Mei 2023

Shin Ultraman Pack – 25 Mei 2023

Shin Godzilla Pack – 8 Jun 2023

Kalau anda nak tahu, SD Shin Kamen Rider Rumble akan dilancarkan pada 27 April 2023 di Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Ia adalah sebuah game beat ’em up dan Hack and Slash. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah membuka pre-order dengan memberikan bonus dalam game nanti.

- Package Exclusive
- Dynamite – Peluang mencetuskan letupan kerosakan kawasan apabila mengalami kerosakan
- Lucky Cat – Tingkatkan bilangan coin yang diperoleh berdasarkan penilaian kombo
- Cardboard Box – Meningkatkan HP maksimum dan jumlah pemulihan
- DVD – Tingkatkan SP maksimum dan damage yang ditimbulkan pada Super Armor
- Toy Box – Tingkatkan ATK, Super Armor ATK dan DEF

- Digital Exclusive
- Dynamite – Peluang mencetuskan letupan kerosakan kawasan apabila mengalami kerosakan
- Lucky Cat – Tingkatkan bilangan coin yang diperoleh berdasarkan penilaian kombo

- Digital Download
- Box of Cakes – Meningkatkan Evaluation Gauge
Saya ingin mengingatkan anda bahawa ketiga-tiga DLC ini akan tersedia selepas SD Shin Kamen Rider Rumble dilancarkan. Evangelion Pack akan dilancarkan pada 11 Mei 2023, Shin Ultraman Pack pula akan tersedia pada 25 Mei 2023 dan Shin Godzilla Pack akan dilancarkan pada 8 Jun 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post