Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berlumba di jalan Batang Kali – Genting Highlands dalam Assetto Corsa rekaan modder Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2021
in Artikel, Berita, PC, Sukan/lumba, Tempatan
0 0
0
Berlumba di jalan Batang Kali – Genting Highlands dalam Assetto Corsa rekaan modder Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Assetto Corsa adalah permainan lumba simulator yang dikembangkan oleh studio Kunos Simulazioni dengan penekanan pada pengalaman lumba yang realistik dengan sokongan untuk “customization dan modifikasi” yang luas. Oleh sebab sifat-sifat itu, sebuah projek bernama Malaysian Touge Simracing mempunyai rancangan untuk membawa masuk semua jalan berbukit popular di Malaysia (terutamanya jalan yang menuju ke Genting Highlands) ke permainan Assetto Corsa.

Anda boleh menonton video Youtube di bawah untuk gambaran yang lebih jelas:

Dicipta oleh individu bergelar Project Kaido, Malaysian Touge Simracing adalah satu projek yang berniat untuk menghasilkan litar berbentuk jalan berbukit Malaysia bagi permainan Assetto Corsa. Buat masa ini, mereka baru sahaja melancarkan versi beta untuk litar Batang Kali – Genting Highlands bagi semua penyokong Patreon (sahaja) dan sedang dalam proses menambah beberapa butiran kecil seperti rumah dan papan tanda di jalan raya.

Dilabel sebagai projek jangka panjang dengan sasaran untuk mengeluarkan satu litar selang setiap bulan, Malaysia Touge Simracing akan menambah lebih banyak jalan terkenal ke Assetto Corsa pada masa akan datang selain dari jalan Batang Kali – Genting Highlands. Antara jalan dalam rancangan adalah:

  • Sumpitan
  • Kuala Kubu Bharu
  • Ulu Yam
  • Teranum
  • Telok Bahang
  • Tekali
  • Tapah
  • Genting Sempah
  • Simpang Pulai
  • Kota Tinggi
  • Kuala Klawang
  • Fraser’s Hill
  • Bukit Putus
  • Bukit Tinggi

Saya akan melakukan yang terbaik untuk mensimulasikan & membawa semua jalan ini ke dalam permainan perlumbaan sim ini. Doakan kejayaan saya. Malaysia Boleh!

Kata Project Kaido.

Project Kaido ialah pencipta litar untuk permainan lumba simulator sejak tahun 2010 dan merupakan pencipta untuk litar Akagi, Usui, Shomaru, Myogi, Tail of the Dragon, Bihoku, Motorland SP untuk permainan rFactor. Dia juga bertanggungjawab untuk litar Irohazaka, Usui, dan Gunma Cycle Sports Center untuk Assetto Corsa.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh mengikut kemas kini terbaru untuk projek Malaysia Touge Simracing di laman Facebook atau Patreon mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assetto Corsabatang kaligame lumbagenting highlandsMalaysiaMalaysian Touge Simracingmodifikasi
Previous Post

Genshin Impact lagi sekali diserang peminat kerana cabaran Ella Musk!

Next Post

Ketahui beberapa Anime yang telah di BAN oleh beberapa negara beserta sebabnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ketahui beberapa Anime yang telah di BAN oleh beberapa negara beserta sebabnya!

Ketahui beberapa Anime yang telah di BAN oleh beberapa negara beserta sebabnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd