Respawn Entertainment secara rasminya melancarkan ‘Apex Legends Octane Edition‘ versi hard-copy ketiga yang akan hadir bermula hari ini untuk permainan battle royale kegemaran ramai ini! Lebih menarik ianya akan termasuk kosmetik dan ganjaran yang meletupsss!
Pada pemain yang sedia tahu, Apex Legends adalah sentiasa menjadi permainan yang boleh dimuat turun percuma, boleh dimainkan percuma, dan ada barangan dalam permainan yang boleh dibeli. Jadi ada juga peminat yang old school sukakan sesuatu koleksi nyata yang boleh disimpan di rak perhiasan di rumah. Disebabkan itu, Respawn telah menghadirkan salinan kotak untuk permainan battle royale ini sejak beberapa bulan yang lalu.
https://www.facebook.com/playapex/videos/195877408452403/
Kini secara rasmi, Respawn telah melancarkan Octane Edition yang merupakan salah satu Legends didalam Apex Legends sejak musim pertama!
Sama ada anda pemangsa atau mangsa di Arena. Tewaskan musuh anda dengan perlahan sambil memaparkan Octane Edition, yang memaparkan kulit Legenda eksklusif, set kosmetik bertema sutera dan stok Apex Coins untuk anda gunakan!
Jadi apa sebenarnya yang ada dalam Apex Legends Octane Edition?
Secara keseluruhan mempunyai 5 barangan yang termasuk empat kosmetik dan 1,000 Apex Coins.
- Legendary Arachnoid Rush Octane skin
- Legendary Arachnoid Charge Rifle skin
- Violet Widow Gun Charm Eksklusif
- Venomous Badge Eksklusif
- 1,000 Apex Coins
Versi bundle ini boleh didapati di Microsoft Store (Xbox One) dan Origin Store (PC) untuk harga $19.99 (anggaran RM85.00). Manakala di PlayStation Store anda boleh mendapatkanya pada harga RM79.00 sahaja. Pada anda yang inginkan versi hard copy yang nampak cantik bersama kase permainan, Octane Edition akan tersedia dijual di penjual yang sah dalam masa yang akan datang.
Pada yang teringin sangat nak beli Octane Edition ni jangan terlupa pula sebelum ini Respawn juga ada menjual Bloodhound and Lifeline Editions! Jadi dapatkanya juga pada harga seperti Octane Edition yang turut ada 5 barangan tersedia termasuk kosmetik dan 1,000 Apex Coins!
Maka jangan lengahkan masa anda lagi dan tayangkanlah depan rakan-rakan anda dengan skin terbaru anda tu okay!

@gamersantaimy
Discussion about this post