Dibangunkan oleh Noobz From Poland dan diterbitkan oleh 505 Games, game Total Tank Generals akan menemui pemain di Steam pada 31 Mac ini. Hadir dengan sistem pertempuran taktikal turn-based, pemain akan dapat merasainya dengan perincian hebat dalam game ini.
Tentang Total Tank Generals
Ia merupakan sebuah game yang kaya dengan sejarah serta menawarkan mekanik yang mendalam — seperti model unit, promosi pasukan, pergerakan, pertempuran dan juga rupa bumi. Pemain akan belajar menggunakannya untuk memberi kelebihan semasa bertempur dan menyusun strategi melalui pertempuran bersejarah dengan merancang serangan dengan teliti, mengerahkan tentera dan masa untuk memanggil pasukan sokongan.

Untuk mencapai kemenangan dan menghapuskan musuh, pemain juga perlu menguruskan sumber dan manfaatkan persekitaran serta kebolehan penuh setiap unit. Ambil alih peranan jeneral dalam campaign bersejarah Patton, Zhukov dan Rommel.

Game ini sangat mudah untuk difahami untuk pemain baru genre strategi malah memberikan cabaran hebat kepada peminat genre ini. Bukan setakat itu sahaja, peminat taktikal miniature dan board game juga akan menyukai mekaniknya. Buat pakar sejarah pula, anda boleh menikmati kandungan sejarah yang luas dan segala perincian yang diletakkan pada konteks, unit dan komander utama.

Anda boleh mencuba demo Total Tank Generals di Steam sekarang! Kalau anda sukakannya bolehlah masukkan game itu ke dalam wishlist anda. Untuk mendapatkan liputan game lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post