Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berkisah di Malaysia, game ‘Paper Ghost Stories: 7PM’ sedang percuma di PC hingga 2 Jun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2022
in Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
Berkisah di Malaysia, game ‘Paper Ghost Stories: 7PM’ sedang percuma di PC hingga 2 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Ada yang suka cerita seram, ada yang tidak tahan. Buat mereka yang suka, korang boleh download game seram Paper Ghost Stories: 7PM yang kini percuma di Steam buat sementara waktu hingga 2 Jun. Apa yang membuatkan lebih menarik adalah Paper Ghost Stories sebenarnya dibuat oleh studio Malaysia dan menumpukan jalan cerita kepada budaya di negara kita.

Asalnya dikeluarkan pada September 2020, game ini dahulu bernama Short Creepy Tales: 7PM semasa pelancaran awal sebelum bertukar ke nama semasa. Dicipta oleh Cellar Vault Games yang berpusat di Malaysia, game ini merupakan entri pertama daripada siri antologi yang lebih besar.

Tentang jalan cerita, kita akan bermain sebagai tiga kanak-kanak ketika mereka cuba untuk merapatkan diri dengan jiran baru yang sangat misteri. Namun, keadaan bertukar menjadi bahaya selepas setiap kanak-kanak dilawat oleh “entiti” menakutkan. Nampaknya ada apartmen tersebut menyembungikan sejenis rahsia gelap dan ia terserah kepada trio ini untuk membongkarkan kebenaran.

Dari segi gameplay, kita juga akan bergerak antara kawasan berbeza di sekitar apartmen, sambil bercakap dengan penduduk dan menyelesaikan tugas dan minigame berbeza. Cuba dapatkan klu dengan perlahan-lahan, cari item yang berguna dan temui orang baharu untuk maju di dalam permainan.

Pada masa yang sama, pilihan yang dibuat oleh pemain juga memainkan peranan besar dalam jalan cerita, di mana anda perlu bermain lebih daripada sekali untuk menemui setiap rahsia yang tersembunyi.

Selain latar belakangnya di Malaysia, Paper Ghost Stories: 7PM menggunakan estetika kraf tangan unik ala-ala Paper Mario, di mana watak dan objek dipersembahan sebagai kraf kertas yang sangat unik. Berkat pilihan reka bentuk ini, ia membantu game untuk memenangi beberapa anugerah besar seperti “Best Visual Art, Best Game Design, dan Grand Jury Award di SEA Game Awards 2020.

Bukan itu sahaja, Cellar Vault Games juga telah mengumumkan Paper Ghost Stories: Third Eye Open, sekuel seterusnya dalam antologi yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada awal tahun 2023. Korang boleh baca lebih lagi tentang sekuel di sini.

Apa lagi, jom kita support Malaysia! Buat sesiapa yang berminat, Paper Ghost Stories: 7PM kini boleh dimainkan secara percuma untuk masa terhad di Steam sehingga 2 Jun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FreeMalaysiaPaper Ghost Stories: 7PMPCPercumasteam
Previous Post

Trailer terbaru Thor: Love & Thunder memperkenalkan antagonis utama, ada kuasa bunuh dewa

Next Post

PlayStation Plus: Cara-cara untuk beli/upgrade buat pengguna Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
PlayStation Plus: Cara-cara untuk beli/upgrade buat pengguna Malaysia

PlayStation Plus: Cara-cara untuk beli/upgrade buat pengguna Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd