Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berjumpa pengembara kecil lagi hebat di MTG: Bloomburrow – Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2024
in Artikel, Berita, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Berjumpa pengembara kecil lagi hebat di MTG: Bloomburrow – Tersedia Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Wizards of the Coast telah mengeluarkan Bloomburrow, set terbaharu untuk permainan kad dagangan terkenal, Magic: The Gathering (MTG). Terletak di dalam alam hutan fantasi, dan alam bukan manusia pertama dalam Magic, Bloomburrow adalah tempat di mana keberanian dan kuasa besar disimpan dalam makhluk terkecil. Lebih seronok lagi, Bloomburrow kini tersedia untuk dibeli sejak 2 Ogos lalu.

Pemain di Malaysia boleh berkumpul untuk pengembaraan yang berani di kedai permainan tempatan, ketika Wizards of the Coast (SEA) mengumumkan Play Season, inisiatif terbaru mereka. Mulai sekarang hingga 31 Oktober, Play Season bermula dengan “Mabel’s Journey”. Pemain boleh pergi ke kedai WPN (Wizards Play Network) tempatan, bermain dan dapatkan koleksi unik (selagi stok masih ada) sambil menyelesaikan aktiviti dalam kedai yang ditetapkan pada musim ini.

Kredit: Wizards of the Coast

Wira terkecil dalam dunia Magic

Melangkah ke Valley, sebuah hutan pastoral yang indah di mana pedang dan sihir digunakan oleh makhluk berekor, bersisik dan bersayap. Apabila bahaya menimpa alamyang aman ini dengan kemunculan Calamity Beast, ia akan memerlukan keberanian yang besar dalam makhluk terkecil untuk menyelamatkan lembah tersebut. Temani tikus berani Mabel dan rakan-rakannya; Gev the lizard, Hugs the badger, Finneas the rabbit, Zoraline the bat, dan Ral Zarek yang berubah menjadi memerang, ketika mereka berjuang untuk memulihkan keamanan.

Mekanik Baharu & Lama

Penduduk Bloomburrow menggunakan strategi baru dan lama untuk mempertahankan diri daripada ancaman bencana, antaranya termasuk:

  • Offspring: keyword baharu yang ditemui pada kad creature, membolehkan wira terkecil memainkan peranan mereka. Dengan membayar kos mana tambahan, pemain membuat salinan token berdasarkan kad asal, kecuali dengan 1 power dan 1 toughness (1/1).
  • Gift: Gift datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, tetapi anda akan sentiasa menerima kelebihan! Dengan menjanjikan Gift yang dinyatakan atas kad kepada pihak lawan, seperti food token atau mengambil kad, pemain boleh menerima sebarang kelebihan untuk membantu mengubah arus pertempuran.
  • Forage: Action baharu yang membenarkan pemain mengasingkan tiga kad dari graveyard atau mengorbankan food token untuk mengaktifkan efek yang berbeza-beza.
  • Valiant: Creature yang mempunyai hati yang berani boleh mempunyai keyword baharu ini yang mengaktifkan efek bonus apabila kad disasarkan oleh spell atau ability.
  • Expend: Tiada sumber dibazirkan kerana peraturan baharu ini menjejak jumlah mana yang telah dibelanjakan oleh pemain sepanjang satu giliran, kemudian memberikan faedah bergantung pada jumlah mana yang digunakan semasa istilah Expend sedang dimainkan.
  • Modal Spell: Membenarkan pemain menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan memilih untuk mengaktifkan tiga efek berbeza yang disenaraikan pada kad jenis baharu ini. Pemain boleh membelanjakan sehingga lima ‘pawprint’ dengan setiap efek berharga satu, dua atau tiga pawprint untuk diaktifkan. Efek boleh diaktifkan lebih daripada sekali, memberi peluang untuk kombinasi yang membinasa!

Mengumpul Bloomburrow

MTG: Bloomburrow menampilkan 24 Imagine: Courageous Critters Planeswalkers seperti Jace The Mind Sculptor, Liliana of the Dark Realms, dan Nissa Who Shakes the World. Saiz mereka mungkin lebih kecil, tetapi sama kuat seperti biasa!

Artis terkenal Mitsuhiro Arita menyumbang kepada tema binatang Bloomburrow dengan menghasilkan kad mythic Lumra, Bellow of the Woods. Turut menyertai barisan artis terkenal Magic ialah David Peterson yang menghasilkan lima kad watak utama termasuk Helga, Skittish Seer.

Seolah-olah ditarik dari novel, 42 frame Showcase Woodland tersedia untuk dikumpulkan di Bloomburrow. Landskap Bloomburrow berubah secara drastik sepanjang musim seperti yang digambarkan dalam kad basic land jenis full-art yang tersedia dalam empat jenis musim, Autumn, Summer, Spring, dan Winter. Three Tree City, kad Legendary Land yang kuat, juga tersedia dengan empat ilustrasi artistik yang mewakili setiap empat musim.

MTG: Bloomburrow termasuk Play Booster, Collector Booster, Commander Deck, Prerelease Pack, Bundle dan Starter Set – tersedia sekarang! Untuk maklumat lanjut tentang Bloomburrow, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MTG: Bloomburrow
ShareTweetSend
Previous Post

Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!

Next Post

JDM: Japanese Drift Master Menambah Kereta Rasmi Mazda Ke Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
JDM: Japanese Drift Master Menambah Kereta Rasmi Mazda Ke Dalam Game!

JDM: Japanese Drift Master Menambah Kereta Rasmi Mazda Ke Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd