Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bentuk MetalGreymon: Alteros Mode diperkenalkan! Upgrade besar dalam anime Digimon Adventure 2020!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Pendapat, Tinjauan & analisis
0 0
0
Bentuk MetalGreymon: Alteros Mode diperkenalkan! Upgrade besar dalam anime Digimon Adventure 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri baru Digimon Adventure telah meneroka beberapa perkara baru secara drastik, dan anime ini terus mengejutkan peminat dengan memberikan sebuah peningkatan besar kepada MetalGreymon dalam episod terbaru. Pertarungan dalam siri ini jauh lebih sengit daripada siri asli yang lebih santai. Ini bermaksud setiap Digimon harus mencapai tahap Ultimate mereka sebelum episod 20.

Episod terbaru menyaksikan MetalGreymon berubah kepada bentuk yang tidak pernah dilihat dalam siri asal. Walaupun ramai berharap untuk melihat bentuk Mega milik Agumon dalam masa terdekat kerana kepantasan evolusi lain yang berlaku, episod 21 dalam siri benar-benar mengejutkan semua ketika ia memberikan peningkatan yang besar dalam bentuk MetalGreymon: Alteros Mode.

Taichi, Yamato, dan adiknya Takeru kini dihalang dalam pengembaraan di Dunia Digital ketika mereka menuju ke istana Devimon, di mana Devimon membuat keadaan menjadi lebih sukar bagi mereka. Selepas menyeru Splashmon yang serangan bersifat miasma, Greymon dan Garurumon tidak dapat mengalahkan Digimon tersebut dengan kekuatan sedia ada. Tidak ingin putus asa, Taichi berazam untuk menjadi lebih kuat dan membuka kuasa baru.

https://twitter.com/Wikimon_news/status/1320311954758578182

Ketika ditangkap oleh Splashmon, Taichi dan MetalGreymon enggan menyerah dan sebaliknya menggunakan miasma sebagai cara untuk menguatkan diri. Akibatnya, lengan kanan MetalGreymon berubah menjadi “railgun” besar bernama Trident Arm yang dilengkapi dengan kekuatan untuk menghancurkan Splashmon sepenuhnya. Bentuk MetalGreymon ini telah dilihat dalam projek bukan anime dan ia sangat berkaitan dengan X-Antibody, tetapi tidak pernah muncul dalam anime sehingga sekarang.

https://www.youtube.com/watch?v=RUCa4t5z-1s&feature=youtu.be

Bukan itu sahaja, Weregarurumon juga mendapat sayap X Antibody dalam preview untuk episod akan datang. Nampaknya, bukan MetalGreymon sahaja yang akan dapat bentuk baru. Dengan macam-macam perkara sedang berlaku, saya sendiri pun tidak boleh jangka apa akan terjadi dalam siri anime ini! Apa pendapat anda tentang bentuk baru MetalGreymon? Apa jenis evolusi yang anda harap dapat lihat? Beritahu pendapat anda dalam ruang komen!

Sumber – Toei Animation

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: agumonanimedigimonDigimon AdventureMetalGreymonMetalGreymon: Alteros Mode
Previous Post

DAVE BAUTISTA dalam Gears 5!! Ya bintang wrestler ini akan menjadi watak Marcus Fenix

Next Post

Bloodstained: Ritual of the Night akan datang ke Android dan iOS dalam masa terdekat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bloodstained: Ritual of the Night akan datang ke Android dan iOS dalam masa terdekat

Bloodstained: Ritual of the Night akan datang ke Android dan iOS dalam masa terdekat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd