Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bend Studio dedahkan game Open World Co-op terbaru, Logo studio juga telah bertukar

Maira by Maira
June 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, Open World
0 0
0
Bend Studio dedahkan game Open World Co-op terbaru, Logo studio juga telah bertukar
Share on FacebookShare on Twitter

Bend Studio, pembangun game yang popular dengan tajuk mereka, Days Gone nampaknya kembali dengan logo terbaru. Bukan setakat itu sahaja, studio tersebut juga akan datang dengan game baru setelah sekian lamanya. Mari kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.

Game terbaru tersebut dikhabarkan bahawa ia merupakan sebuah game open world baru. Ia juga akan mempunyai ciri multiplayer sebagai teras berserta sistem daripada game survival zombie. Senang cerita, ia menggunakan sistem open world yang anda boleh lihat dalam Days Gone.

Pasukan pembangun ada menekankan bahawa game baru ini akan memberikan pemain pengalaman baru dalam dunia serta penceritaan yang serba baru. Tetapi kesemua ini masih belum didedahkan, jadi kita terpaksa tunggu pengumuman lanjut mengenainya. Mungkin juga beberapa idea daripada sekuel Days Gone akan dibawa dalam game ini.

Bend Studio

Bercerita mengenai logo studio terbaru, ia sebenarnya permulaan kepada rebrand studio setelah 29 tahun ia berada dalam industri dengan membangunkan pelbagai game hebat. Antaranya siri Syphon Filter, Resistance: Retribution, Uncharted: Golden Abyss dan juga Days Gone. Motif gunung yang digunakan, merupakan lokasi studio itu bertempat iaitu Central Oregon. Ia juga merupakan interretasi abstrak dan moden terhadap sejarah Bend Studio.

Dengan logo baru serta game yang akan datang sedang dibangunkan, Bend Studio akan sentiasa untuk cuba menghasilkan dan memberikan pengalaman baru kepada setiap pemain. Studio itu juga sedang giat mencari orang baru yang ingin terlibat dalam pelbagai projek yang sedang diusahakan. Boleh lawati laman web rasmi mereka jika anda berminat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bend Studio
Previous Post

Black Adam bakal ditayangkan di Malaysia pada 21 Oktober 2022!

Next Post

MSI mengumumkan laptop HX – Titan GT77, Raider GE77 & Vector GP76 untuk gamer dan pakar kreatif

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MSI mengumumkan laptop HX – Titan GT77, Raider GE77 & Vector GP76 untuk gamer dan pakar kreatif

MSI mengumumkan laptop HX - Titan GT77, Raider GE77 & Vector GP76 untuk gamer dan pakar kreatif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd