Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beli TV Gaming Toshiba, Dapat Monster Hunter Wilds Secara Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2025
in Artikel, Berita, Promosi, Teknologi, TV
0 0
0
Beli TV Gaming Toshiba, Dapat Monster Hunter Wilds Secara Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Toshiba TV Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Monster Hunter Wilds untuk kempen eksklusif “Be a Hunter with Toshiba TV”.

Dari 1 Mac hingga 31 Julai 2025, pelanggan yang membeli televisyen Toshiba Z670N series akan menerima kod pengaktifan game Monster Hunter Wilds secara percuma, selagi stok masih ada dan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

TV Gaming Khas untuk Monster Hunter Wilds

Direka untuk prestasi gaming terbaik, siri Z670N sebenarnya telah menerima sijil pengesahan rasmi daripada pasukan pembangun Monster Hunter Wilds kerana keupayaan skrin dan sistem audionya yang luar biasa.

Pendek kata, ia mampu menawarkan pengalaman tanpa tandingan dengan saiz sehingga 100 inci, masa tindak balas sepantas kilat, dan teknologi audio-visual terkini.

Kredit: Toshiba TV Malaysia

Untuk meningkatkan pengalaman gaming, siri Z670N dilengkapi dengan ciri gaming canggih seperti Game Mode Pro dan Game Deck, yang mengoptimumkan prestasi untuk visual lebih lancar serta mengurangkan input lag.

Dengan refresh rate 144Hz dan Variable Refresh Rate (VRR), aksi pantas dalam game menjadi lebih stabil dan bebas dari kesan screen tearing.

Ia juga menyokong HDMI 2.1 dan Auto Low Latency Mode (ALLM) bagi memastikan sambungan pantas untuk konsol generasi baharu, sementara AMD FreeSync Premium mengurangkan stuttering dan lag untuk pengalaman bermain yang lebih lancar.

Tambahan pula, fungsi Crosshair Assist membolehkan pemain FPS mengaktifkan crosshair di skrin bagi ketepatan yang lebih baik, manakala input lag serendah 0.83ms memastikan tindak balas yang pantas dan tepat untuk pertarungan sengit.

Kredit: Toshiba TV Malaysia

Namun, kelajuan sahaja tidak mencukupi—Z670N series juga menampilkan visual dan audio luar biasa untuk pengalaman yang lebih imersif.

REGZA ZRi Engine yang dipacu AI memastikan imej yang tajam dengan kejelasan optimum, manakala Full Array Local Dimming Pro dan Quantum Dot Color meningkatkan kecerahan, kontras, dan ketepatan warna untuk visual yang lebih realistik.

Dari segi audio, REGZA Power Audio Pro dan Dolby Atmos menghasilkan bunyi yang mendalam dan mengasyikkan, membolehkan pemain mendengar setiap raungan raksasa, hentakan senjata, dan perincian persekitaran dengan kejelasan tinggi.

Sokongan HDR10+ dan Dolby Vision pula memastikan setiap adegan dipaparkan dengan kecerahan, kontras, dan warna yang optimum.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter WildsToshibatv
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Sound Clock: Alarmo Bakal Dilancarkan di Malaysia, Harga RM529!

Next Post

Terokai Singapura dengan “Pokémon GO City Safari: Singapore!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Spesifikasi Stellar Blade PC – Adakah PC Anda Mampu Jalankan Game Ini?
Berita

Spesifikasi Stellar Blade PC – Adakah PC Anda Mampu Jalankan Game Ini?

May 19, 2025
Call of Duty: Warzone Mobile Tutup Operasi, Dibuang Dari Semua Gedung Aplikasi
Mobile

Call of Duty: Warzone Mobile Tutup Operasi, Dibuang Dari Semua Gedung Aplikasi

May 19, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Next Post
Terokai Singapura dengan “Pokémon GO City Safari: Singapore!”

Terokai Singapura dengan "Pokémon GO City Safari: Singapore!"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd