Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!

Dah lama bertakhta, masa untuk berendah diri dan sedar.

Wakambing by Wakambing
April 9, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Valve telah menikmati pemegangan monopoli industri gaming di PC untuk masa yang sangat lama. Namun, dengan kehadiran Epic Games baru-baru ini sebagai saingan, baru sekarang mereka terjaga dari belaian tidur yang nyenyak itu. Epic Games menggunakan hasil berbilion-bilion mereka dari Fortnite untuk mencabar platform Steam, dan inilah yang membuatkan Valve membuka mata seluas-luasnya kerana ia menjejaskan satu benda penting untuk mereka iaitu: hasil pendapatan.

https://twitter.com/richgel999/status/1113988444370300928

Richard Gledreich, bekas pekerja untuk Valve menyuarakan pendapatnya tentang kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store. Beliau yang pernah bekerja untuk Steam dan mengetahui segala latar belakang terutamanya dari hasil kewangan berkata yang Epic telah mengimbangkan sistem saingan untuk kedai dalam talian bagi PC. Dakwanya lagi, dengan memiliki eksklusif dan memenangi hati para developer dan penerbit, Epic Store sedang melakukan perubahan. Sebelum ini Steam memerintah segala-galanya dan setiap syarikat terpaksa membayar cukai “30%” untuk menjual permainan mereka di kedai.

Epic mencipta bayaran muka yang membolehkan para developer menyimpan 88% dari semua pendapatan permainan yang dijual di kedai, berbanding dengan Steam iaitu 70%. Perbezaan inilah yang mewujudkan persaingan yang nyata dan beberapa lagi tajuk besar games kian melompat ke Epic Store dengan tawaran eksklusif sebagai hasilnya.

Mengakui yang walaupun ciri-ciri untuk platform Epic Games Store itu agak teruk, ia boleh dibaiki dan akan bertambah baik pada masa akan datang. Bekas pekerja itu berkata lagi:

“Pemain percaya yang industri PC adalah sangat spesial dan kebal terhadap pasaran dinamik. Sebenarnya tidak. Ia telah dimonopoli oleh satu kedai tunggal yang tamak untuk jangka masa yang sangat lama sehingga pemain sudah terbiasa dengannya. Perubahan memang tidak dapat dielakkan, walaupun jika Epic Games Store gagal, akan muncul lagi kedai baharu.”

Sebenarnya komuniti PC gaming ini agak kecewa dengan tawaran eksklusif Epic contohnya macam Borderlands 3. Selepas diumumkan saja ia akan jadi eksklusif untuk Epic Games Store, ramai peminat boikot dan serang review untuk Borderlands 2 di Steam. Ini hanyalah permulaan untuk peperangan PC Game Store. Yang terbaru, Discord pula menawarkan pulangan sebanyak 90% untuk kesemua hasil jualan, dan ini sudah tentu akan menganggu pegangan Steam di pasaran. Apa yang pasti, dengan adanya persaingan seperti ini, barulah Valve sedar diri yang Steam bukanlah raja yang akan bertakhta buat selama-lamanya.

Sumber: Twitter Richard Geldreich

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storesteamValve
Previous Post

CEO Gearbox menghantam Steam selepas isu Borderlands Review-Bomb!

Next Post

Marvel’s Iron Man VR dikatakan lebih Inovatif, Lancar dan lebih Padu!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Marvel’s Iron Man VR dikatakan lebih Inovatif, Lancar dan lebih Padu!

Marvel's Iron Man VR dikatakan lebih Inovatif, Lancar dan lebih Padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd