Gais, aku baru dapat satu berita ni, dengar-dengar yang Battlefield V ataupon Battlefield 5 akan keluar. Tak silap, diorang kembali dengan membawa game yang bertemakan kembali ke zaman perang dunia ke-2. Betul ke?
Ok, dari salah satu sumber yang aku dapat, iaitu Venturebeat, kalau ikutkan, projek ni diorang nak namakan sebagai Battlefield 2, tapi, ini sebenarnya 1 game full yang baru dan bukannya remastered dari Battlefield 2 pada tahun 2005.
Menurut sumber, Electronic Arts akan reveal game tersebut pada akhir tahun ini. Selain itu, Electronic Arts sendiri menyatakan yang mereka merancang untuk mengeluarkan Battlefield V ni pada bulan Oktober.

Selain itu, game Battlefield : Bad Company 3 takkan dikeluarkan dalam masa yang terdekat ini, Electronic Arts menjaga potensi sekuel ini jika diorang rasa nak buat pertukaran strategi.
Pada pendapat aku, ok la kalau diorang nak keluarkan dalam kadar yang pantas, cuma takut apa yang terjadi pada COD:WWII, akan terjadi jugak dekat Battlefield V ni. So, korang rasa?
Sumber : Venturebeat
@gamersantaimy
Discussion about this post