Battlefield 2042 akan hadir dengan musim 6 “Dark Creations” tidak lama lagi. Dalam musim terbaru itu akan ada senjata baharu, satu kenderaan baru, penambahbaikan QoL serta peta baharu yang dipanggil Redacted. Battlefield 2042 Season 6 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2023! Jom kami berikan ringkasan tentang kandungan yang akan tersedia nanti!
Redacted — Peta baharu
Redacted ialah peta close-quarter, bukan kenderaan dan sesak yang diilhamkan oleh Operation Metro dan Operation Locker. Kedua-duanya adalah peta multiplayer daripada Battlefield 3 dan Battlefield 4. Ini juga merupakan peta pertama dalam Battlefield 2042 yang merupakan peta indoor sepenuhnya dan pemain perlu menggunakan sudut untuk menyerang hendap musuh.

Senjata-senjata baharu
- VHX D3 – Assault Rifle: VHX D3 telah dioptimumkan untuk kemudahalihannya dan bagus untuk pertempuran close-quarter hingga jarak dekat, dan bertemakan Redacted.
- L9CZ – Sidearm, Pistol: L9CZ ialah pistol separa automatik yang mempunyai ketepatan tinggi dan bagus untuk pertempuran jarak dekat.
- G428 – Designated Marksman Rifle: G428 mempunyai kuasa penembusan yang besar dan ketepatan yang sangat baik yang membolehkan penglibatan jarak jauh.
Pouch — Gajet baharu
Item sokongan ini sangat berguna dan ia hadir dengan Ammo serta Health Variety.
YUV-2 “PONDHAWK” — Kenderaan baharu

Ini merupakan pengangkutan dua orang yang boleh bergerak dengan pantas merentasi medan perang. Walaupun mempunyai rupa seperti motosikal, tetapi ia boleh terbang. Sebagai peringatan, kenderaan baharu ini tidak boleh digunakan dalam peta Redacted kerana peta itu indoor sepenuhnya.
Battlepass Baharu
Seperti biasa, semua benda baharu yang diperkenalkan adalah percuma untuk dibuka, dan versi Premium Battlepass hanya memberi anda lebih banyak skin dan mata wang dalam game. Untuk musim ini, Ultimate Pack diperkenalkan di mana anda boleh mendapatkan lebih banyak kosmetik eksklusif dan membolehkan anda melangkau 20 tier.

Perubahan pada QoL
Aim Assist yang tersedia untuk pemain konsol telah ditambah baik untuk memberikan “keadilan” semasa bermain cross-play. Pengendalian kenderaan juga ditambah baik daripada segi kelajuan pusingan dan kenderaan tank, graviti pendaratan kenderaan bawaan udara, dan pengendalian jet.
Terdapat juga beberapa perubahan pada kelas Recon. Alat penggodaman Rao telah diolah semula. Kini ia tidak menghalang tembakan pada kenderaan sebaliknya memberi damage kepada kenderaan sasaran. Keupayaan penggodaman Rao juga mempunyai beberapa perubahan, di mana jika musuh yang digodam terbunuh, maklumat semua musuh di sekeliling akan didedahkan.
Untuk memadankan tingkah laku penggodaman baharu, bom tangan EMP dan dron Recon Caspar juga mendapat beberapa pelarasan.

Tempoh Akses percuma
Battlefield 2042 boleh diakses secara percuma dari 12 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2023. Pemain boleh memuat turun game dan memainkannya secara percuma semasa tempoh itu di semua platform. Buat masa ini, tiada lagi masa tetap apabila akses itu dibuka nanti. Jadi tunggu makluman lanjut melalui akaun media sosial game!
Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post