Battlefield 2042 baru sahaja tersedia beberapa hari yang lepas tetapi nampak seperti ramai pemain yang tidak gembira dengan permainan itu. Permainan terbaru dari DICE kini merupakan salah satu permainan terburuk dalam sejarah Steam. Anda boleh lihat di laman web Steam 250, “Hall of Shame” yang mengumpul review pemain di Steam.

Battlefield 2042 telah menerima lebih daripada 33 ribu review dan jika dibaca sekali pandang, ramai pemain yang memanggil permainan ini “cash grab”, “tidak siap” dan “biadap”. Battlefield terbaru ini tidak berjaya untuk menyampaikan jenis pengalaman yang diharapkan oleh peminat siri ini. EA dan DICE akan terus mengemas kini dan menambah baik permainan dalam beberapa bulan akan datang, tetapi jelas bahawa pemain sangat tidak berpuas hati.
Perkara negatif yang mengelilingi Battlefield 2042 jauh lebih buruk daripada jangkaan kebanyakan peminat tetapi terdapat beberapa tanda yang merisaukan menjelang pelancaran. Semasa akses awal permainan, ramai yang menyatakan mereka tidak berasa seronok dengan Hazard Zone dan memanggilnya “bosan dan sia-sia.” Voice chat juga tidak tersedia dalam permainan selepas dilancarkan.

Bulan lepas, orang dalam Tom Henderson berkongsi laporan tentang perkembangan permainan yang bermasalah. Perkara ini telah dikongsikan oleh pasukan pembangun, dengan pengurusan yang mengabaikan masalah dan keperluan untuk menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam Call of Duty: Modern Warfare. Ternyata kerisauan mengenai pelancaran Battlefield 2042 sememangnya wajar.
Walaupun begitu, Battlefield 2042 masih mengekalkan prestasi penjualannya dengan menjadi “top seller” tertinggi di Steam. Menurut SteamDB, permainan ini telah menjadi penjual tertinggi untuk bulan November dan jelas melihat ia mendapat tiga tempat tertinggi dalam carta itu diikuti oleh Forza Horizon 5 dan Ruined King.
Apa pendapat anda tentang Battlefield 2042. Bagi saya ianya permainan yang masih seronok untuk dimainkan jika kita tolak masalah teknikal yang terdapat dalam Battlefield ini. Anda boleh baca review kami mengenai permainan ini jika anda berasa skeptikal mengenai review yang diberikan orang ramai. Untuk liputan lanjut, anda boleh klik pada pautan ini.
Sumber: comicbook

@gamersantaimy
Discussion about this post