Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 2042: Arkangel Directive bermula 11 Julai – mode perang 24v24!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Battlefield 2042: Arkangel Directive bermula 11 Julai – mode perang 24v24!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Season 5: New Dawn akan berlangsung tidak lama lagi, hari ini pasukan pembangunan Battlefield 2042 telah mengumumkan acara bermusim baru, yang bernama Arkangel Directive. Acara ini akan berlangsung selama dua minggu bermula pada hari Selasa, 11 Julai jam 8pm hingga Selasa, 25 Julai jam 8pm.

Sempena itu, mereka melancarkan trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Sinopsis acara

Kredit: EA

Acara Arkangel Directive menampilkan dua faction yang mengkhususkan diri dalam teknologi robotik dan AI paling maju di muka Bumi. Kedua-duanya terlibat dalam konflik besar, dan sekarang adalah masanya untuk anda berjuang bagi menentukan siapa lagi hebat dalam mode serba baharu ini.

Semasa acara, anda akan bermain sebagai salah satu ahli dalam faction Arkangel Legion, kuasa tentera persendirian di bawah Arkangel Corporation. Organisasi ini merupakan pihak neutral yang berkhidmat untuk semua negara, dan berniat untuk meningkatkan kehidupan manusia melalui aplikasi robotik dan teknologi AI.

Disebabkan kedua-dua faction terbesar masih berperang, sudah tentu Arkangel Legion mempunyai permintaan tinggi – di kedua-dua belah pihak.

Mode serba baru Control

Kredit: EA

Control dimainkan secara 24v24 di peta Reclaimed, Orbital, Valparaiso di mana matlamat anda adalah untuk mengumpul data telemetri lalu memuat naik ke Satelit Arkangel. Dalam medan pertempuran, kawal dan bertahan di lokasi objektif untuk memuat naik “telemetri taktikal”. Kumpul “telemetri yang paling banyak” untuk mengawal kawasan tersebut, dan dapatkan Ascension Point untuk membeli kenderaan.

Semakin lama pertempuran berlangsung, objektif pun semakin berkurangan. Ini bermaksud pemain harus bertembung dengan pasukan lawan dalam satu pertempuran epik terakhir di tengah-tengah peta.

Tips dan petua:

  • Fokus pada mengambil dan memegang objektif. Membunuh musuh memang membantu kita mendapat kelebihan, tetapi ia bukan kunci kemenangan.
  • Seru kenderaan untuk pasukan anda. Kenderaan adalah penting untuk kemenangan, jadi gunakan Ascension Point untuk membawanya ke medan perang secepat mungkin.
  • Belajar di mana objektif muncul. Objektif akan muncul dalam corak yang konsisten, jadi belajar ke mana hendak pergi seterusnya akan membantu anda supaya selangkah di hadapan musuh.
  • Berkomunikasi dengan skuad. Buat serangan hendap bersama dan muncul dalam sejumlah kenderaan pada masa yang sama untuk menewaskan musuh.

Ganjaran baru

Ganjaran baru tersedia untuk diperoleh, dan dibeli semasa anda bertarung sebagai Arkangel Legion. Peroleh Ribbon dengan bermain Control untuk membuka ganjaran unik yang tersedia semasa acara Arkangel Directive, di samping bundle permainan baharu.

Kredit: EA
  • Ganjaran Gameplay – Minggu 1
    • 1 Rare background “Paradigm Shift”
    • 1 Epic Charm “Final Sleep”
    • 1 Epic Weapon Skin “Force Fusion”.
Kredit: EA
  • Ganjaran Gameplay – Minggu 2
    • 1 Rare background “Expendable”
    • 1 Epic Headgear “Interneural”
    • 1 Epic Weapon Skin “Binary Charge”
Kredit: EA
  • Bundle unik
    • “Ascendant Weapon” bundle (1400 BFC)
    • “Ascendant Warrior” bundle (1750 BFC)
    • “Arkangel Bundle” bundle, yang mengandungi semua item Arkangel Directive dari Store (2400 BFC)

Sekali lagi saya ingatkan, acara Battlefield 2042: Arkangel Directive akan bermula pada 11 Julai jam 8pm hingga Selasa, 25 Julai jam 8pm dan boleh dimainkan di platform PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin.

Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arkangel DirectiveBattlefield 2042
ShareTweetSend
Previous Post

Episod Pertama Jujutsu Kaisen Season 2 Mendapat Banyak Pujian daripada Peminat!

Next Post

Diablo IV – Malignant bermula 20 Julai! Info kandungan Season 1!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Diablo IV – Malignant bermula 20 Julai! Info kandungan Season 1!

Diablo IV - Malignant bermula 20 Julai! Info kandungan Season 1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd