Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 2042 akan menyediakan sokongan cross-play dan cross-progress untuk pemain!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 15, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Battlefield 2042 akan menyediakan sokongan cross-play dan cross-progress untuk pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Battlefield 2042 bakal tiba ke platform konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC bermula 22 Oktober 2021 nanti! Game ini telah menjadi topik perbualan semasa acara E3 2021 dan ianya sangat dinanti-nantikan oleh peminat francais Battlefield. Kini, EA menyatakan DICE sedang mencari cara untuk membina sistem crossplay untuk Battlefield 2041 bagi menambahkan lagi keseronokkan kepada pemain mereka.

EA menyatakan bahawa mereka akan mengadakan sesi ujian alpha teknikal Battlefield 2042 untuk semua platform yang disediakan pada musim panas ini. Semasa ujian ini dilangsungkan, pemain konsol dan PC akan dapat bermain bersama, tetapi DICE merancang untuk memisahkan kumpulan pemain konsol next-gen antara PS4 dan Xbox One. Pemain PC dan konsol boleh memilih untuk tidak bermain antara satu sama lain, bagi mengelakkan masalah perbezaan antara controller, tetikus dan papan kekunci.

Rancangan membahagi pemain antara generasi konsol mungkin mengecewakan sesetengah pihak, terutama untuk mereka yang tidak mempunyai rig permainan hebat atau belum memiliki PS5, Xbox Series X|S. Namun, ianya masuk akal juga kerana versi PS4 dan Xbox One akan mempunyai lobi lebih kecil berbanding PC dan konsol next gen. Ini kerana kedua-dua konsol tersebut hanya boleh memasukan 64 pemain tidak seperti PC, PS5 dan Xbox Series yang boleh dimainkan seramai 128 pemain.

DICE turut merancang untuk menggunakan bot untuk memenuhkan lobi apabila diperlukan bagi meningkatkan matchmaking dan mungkin akan mempercepatkan anda masuk ke in-game. Pemain tidak boleh mengecualikan bot, walaupun mereka akan selalu mengutamakan tentera AI. Malah, sekiranya pemain meninggalkan game di pertengahan, bot akan mengambil alih sehingga ada pengganti.

Selain itu, pembangun juga sedang menghasilkan fungsi cross-progress, dimana kemajuan dan item (termasuk yang dibeli) boleh dibawa dari satu platform ke platform yang lain. Jadi, jika anda bermain di PC sebelum ini, kemajuan dan peralatan boleh diakses ke konsol PS atau Xbox tanpa ada masalah.

Buat masa ini, EA tidak mengumumkan lagi tarikh untuk ujian teknikal alpha bagi Battlefield 2042, tetapi ia mungkin akan dijalankan pada waktu terdekat. Untuk membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Battlefield 2042Cross PlatformCross-progressDICEea
Previous Post

NBA 2K22 menampilkan Candance Parker sebagai cover WNBA dalam Edisi Eksklusif!

Next Post

ROG memperkenalkan laptop gaming Zephyrus M16 dengan paparan 16″ dalam badan 15″!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ROG memperkenalkan laptop gaming Zephyrus M16 dengan paparan 16″ dalam badan 15″!

ROG memperkenalkan laptop gaming Zephyrus M16 dengan paparan 16" dalam badan 15"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd