Satu hari, satu battle royale. Perkataan “battle royale” pun telah menjadi sebati dengan lidah gamers. Masukkan elemen Viking ke dalamnya dan anda akan dapat Valhall; sebuah game battle royale yang dibangunkan oleh studio bebas Blackrose Arts.
Valhall bukan sekadar game battle royale, ia memiliki satu mode yang dinamakan “siege mode” yang akan memberikan pengenalan game tersebut kepada pemain; dan kesemua acara di dalam game ini mengambil tempat di 9 alam seperti yang terdapat dalam mitos tamadun Norse.
Setakat yang dapat dilihat, sistem pertempurannya kelihatan sangat lancar dimana gamer boleh mengubah view daripada 1st person ke 3rd person; dengan sistem serangan yang dinamik dipadankan dengan sistem dodge yang mengadaptasi berdasarkan senjata yang sedang anda gunakan.
Pembangunnya mengatakan mereka menggunakan maklum balas daripada pengguna awal, disamping mengambil contoh daripada game battle royale secara amnya untuk menjadikan panduan dalam proses pembangunan mereka; sambil mereka menuju ke peringkat beta tidak lama lagi. Antara keputusan penting yang telah dibuat oleh mereka adalah untuk menghindari 3rd person peeking dan telah memberi komitmen agar game ini bebas daripada elemen bayar-untuk-menang dan loot box.
Buat masa ini pengguna awal diberi peluang untuk mencuba alpha build game ini. Pihak Blackrose Arts mengakui yang game dalam tahap alpha sememangnya belum bersedia sepenuhnya; dan pengguna awal yang mengambil bahagian dalam alpha test ini diperlukan untuk mempersetujui perjanjian non-disclosure.
Ini adalah trailer awal daripada versi beta yang sedang dalam pembangunan. Kelihatan seperti berbaloi untuk kita menjadi salah satu pengguna awal.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Valhall ataupun mendapatkan kemas kini terbaru menerusi laman Indiegogo mereka.
Sumber: PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post