Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baryon Mode adalah transformasi terkuat Naruto! *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Baryon Mode adalah transformasi terkuat Naruto! *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Sama seperti Goku, Uzumaki Naruto juga amat terkenal dengan pelbagai transformasi yang memberinya kekuatan tahap dewa lantas menjadikan dirinya sebagai shinobi terhebat dalam sejarah francais. Namun, dia tidak mengaktifkan transformasi terkuatnya sehinggalah di era Boruto. Di sini saya akan menjelaskan mengapa Baryon Mode adalah transformasi terkuat milik Naruto dan bagaimana ia berfungsi.

Latar belakang dan penampilan

Versi manga

Pertama kali didedahkan dalam manga Boruto, Naruto mula menggunakan Baryon Mode semasa melawan Ōtsutsuki Isshiki. Bagi mereka yang tidak tahu, “Baryon” adalah istilah fizik yang digunakan untuk melabelkan zarah subatom dengan jisim lebih besar/sama dengan proton. Sama seperti namanya, Baryon Mode diaktifkan apabila Naruto dan Kurama menggabungkan chakra masing-masing untuk mencipta chakra baru yang jauh lebih kuat lalu memberi kuasa yang tidak terhingga kepada Naruto.

Versi anime

Dalam mod ini, rambut Naruto menjadi lebih tajam dan dia tumbuh dua telinga rubah, yang mewakili chakra Kurama. Selain itu, Naruto kini memiliki mata berwarna jingga merah dengan iris yang tajam. Tiga misai ikonik Naruto juga berubah di mana ia menjadi lebih tebal manakala misai paling atas akan bersatu dengan corak hitam di sekitar matanya. Sama seperti transformasi sebelum, chakra berbentuk sembilan ekor akan mula keluar, dan tubuhnya akan diliputi oleh chakra berwarna jingga-emas (manga) / merah (anime). Memandangkan transformasi ini mempunyai reka bentuk yang “agak” rumit, peminat anime pasti tahu yang “semakin hebat penampilannya, semakin kuat lah orangnya.”

Kelebihan dan kekurangan

Sebagai transformasi terkuat Naruto, Baryon Mode memberinya kekuatan, kelajuan dan refleks tahap dewa sehingga boleh mengalahkan seseorang Ōtsutsuki. Memandangkan ia menyerap chakra dan tenaga hayat untuk diaktifkan, chakra dan tenaga hayat musuh juga tidak terkecuali dan juga diserap, lalu memperkuatkan transformasi sambil melemahkan pihak lawan yang berada dekat pada Naruto. Oleh itu, Baryon Mode hanya digunakan sebagai taktik terakhir jika dia yakin pihak lawan akan tumbang dahulu.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Walaupun Baryon Mode adalah transformasi terkuat, ia juga mempunyai beberapa kelemahan besar. Oleh kerana jumlah chakra yang diperlukan terlalu banyak, Naruto dan Kurama tidak dapat mengekalkan Baryon Mode untuk jangka masa yang panjang. Ini membataskan berapa lama mereka dapat bertahan di atas medan pertempuran, dan mengharuskan duo tersebut mengalahkan musuh dengan cepat. Oleh kerana masa amat penting, setiap pergerakan harus dirancang dengan baik untuk mengurangkan masa yang diperlukan dan mengelakkan pembaziran chakra. Seperti yang saya kata di atas, Baryon Mode menggunakan chakra dan tenaga hayat Naruto/Kurama untuk berfungsi dan menjadikan mod ini sangat berbahaya sehingga boleh membunuh penggunanya.

Walaupun Naruto pernah tunjukkan beberapa transformasi lain seperti Nine-Tails Chakra Mode dan Six Paths Sage Mode, semuanya memang tidak setanding dengan Baryon Mode. Namun, risikonya terlalu besar, di mana Naruto dan Kurama hanya dapat mengaktifkannya dalam situasi kecemasan, seperti pertarungan mereka dengan Ōtsutsuki Isshiki. Itulah sebabnya mengapa Baryon Mode merupakan transformasi terkuat Naruto! Itu sahaja untuk artikel kali ini, apa pendapat anda? Jom berbincang dengan saya di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBaryon ModeBorutomanganaruto
Previous Post

[Review] Vroom Vroom! Jom layan Corner dengan RiMS Racing!

Next Post

Dapatkan Tiket Aeos Percuma sempena Pokémon Unite Meraikan 9 Juta Muat turun mereka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Dapatkan Tiket Aeos Percuma sempena Pokémon Unite Meraikan 9 Juta Muat turun mereka!

Dapatkan Tiket Aeos Percuma sempena Pokémon Unite Meraikan 9 Juta Muat turun mereka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd