Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!

Maira by Maira
January 13, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, PS4, Steam
0 0
0
Baru sehari PUBG percuma, ramai pemain lama yang minta refund dan review bomb!
Share on FacebookShare on Twitter

Game PUBG baru sahaja menjadi game free-to-play setelah lima tahun ia dilancarkan pada PC. Ia merupakan salah satu game multiplayer yang popular sejak dilancarkan dan ramai yang menyukai game FPS tersebut. Tetapi nampaknya bukan semua pemain yang gembira apabila game ini menjadi percuma, malah ada yang mula meminta kembali duit mereka dan memberikan komen negatif pada halaman game itu.

Untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan game itu, pemain PUBG telah memberikan bom review di halaman Steam dengan ulasan negatif. Pada 12 Januari, lebih daripada 5000 ulasan negatif membanjiri halaman PUBG dalam satu hari. Ramai yang bergaduh menuntut semula wang mereka, dengan komen negatif seperti “Boleh saya dapatkan wang saya kembali?” atau “Jadikan game ini free daripada selesaikan masalah hacker.” Melihat komen-komen negatif sebegitu, jelas bahawa komuniti PUBG menjadi bertambah buruk dengan keputusan KRAFTON untuk menjadikan game itu percuma.

Menariknya, pembangun telah mendedahkan bahawa pemain lama dan pemain semasa yang telah membeli game tersebut sebelum ia menjadi percuma, akaun mereka secara automatik dinaiktaraf menjadi Battleground Plus, mereka juga akan menerima sekumpulan ganjaran termasuk special commemorative pack. Untuk yang tidak tahu, Battleground Plus merupakan plan premium PUBG yang akan menaikkan XP pemain dengan banyak, memberi kebolehan kepada pemain untuk bermain Ranked Mode dan mencipta custom match dengan tambahan item kosmetik khas.

Walaupun ia telah mendapat banyak ulasan negatif selepas PUBG menjadi percuma, tetapi terdapat peningkatan pemain dua kali ganda dari sebelumnya mencecah lebih dari 500 ribu pemain dalam talian. Ramai juga yang berseronok bermainnya dan sangat gembira apabila game itu menjadi percuma. PUBG: Battlegrounds pada mulanya dilancarkan pada harga RM 74.99 di Steam dan antara game yang mencetuskan genre battle royale dalam dunia gaming.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Game ini juga telah mendapat dua game mobile iaitu PUBG Mobile dan PUBG: New State. Anda boleh muat turun melalui peranti mobile masing-masing. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.

Sumber: Screenrant, Techraptor

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Player Unknown's Battlegroundpubgsteam
Previous Post

Sony akan tingkatkan pengeluaran konsol PS4 berikutan kekurangan bekalan PS5!

Next Post

Stalker 2 kena delay panjang, akan keluar 8 Disember 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Stalker 2 kena delay panjang, akan keluar 8 Disember 2022

Stalker 2 kena delay panjang, akan keluar 8 Disember 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd