Baru sahaja tadi Nintendo telah mengumumkan tentang model baru konsol Switch OLED mereka, dan rata-rata peminat mengharapkan sesuatu seperti “Nintendo Switch Pro”. Namun sayang sekali, kerana spesifikasi sokongan skrin 4K dan menerima peningkatan dalaman yang dihebahkan sejak beberapa bulan sebelum ni hanya menjadi khabar angin sahaja.
Secara umumnya, peminat Switch kini sedang riuh di media sosial memberikan pendapat mereka sebaik sahaja pengumuman mengenai model baru Switch OLED ini dihebahkan. Walaupun spesifikasi “Switch Pro” yang mereka harapkan itu tiada, tetapi tarikh dan harga pelancarannya selaras dengan apa yang telah dilaporkan sebelum ini. Malah, ada peminat yang mengharapkan peningkatan teknikal untuk model Switch baru ini, tetapi apa yang didedahkan oleh Nintendo tidak menunjukkan seperti apa yang mereka inginkan.
“Nintendo Switch (OLED model) adalah pilihan yang bagus untuk pemain yang ingin merasakan paparan baru yang bertenaga ketika bermain dalam mod handheld dan tabletop. Dengan penambahan model baru ini untuk sistem Nintendo Switch, pengguna mempunyai pilihan tambahan dari sistem yang paling sesuai dengan pengalaman permainan yang mereka inginkan – sama ada Nintendo Switch (model OLED), Nintendo Switch atau Nintendo Switch Lite.” -kata Presiden Nintendo Amerika Doug Bowser.
Berikut adalah beberapa screenshot dari pendapat peminat mengenai Switch OLED yang baru sahaja diumumkan tadi:
Adakah ia benar-benar tepati citarasa pengguna? Saya pun tidak pasti. Seperti yang dinyatakan di atas, Nintendo Switch (model OLED) akan dilancarkan pada akhir tahun ini bertepatan 8 Oktober dengan nilai harga $349.99 (anggaran RM RM1455). Apa pendapat anda tentang model Nintendo Switch baru? Adakah anda kecewa kerana tidak ada peningkatan dalaman seperti yang dilaporkan dalam internet? Beritahu dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami mengenai Nintendo Switch (model OLED), sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post