Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PEF 2019] Baru kali pertama di Malaysia, temu bual eksklusif bersama Juara Dunia Dragon Ball FighterZ – GO1!

Kemenangan yang diperolehi selepas menewaskan SonicFox.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2019 - Updated on December 27, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
[PEF 2019] Baru kali pertama di Malaysia, temu bual eksklusif bersama Juara Dunia Dragon Ball FighterZ – GO1!
Share on FacebookShare on Twitter

Penang Esports Festival 2019 telah menerima kunjungan beberapa nama besar, dan salah satunya ialah Goichi “GO1” Kishida daripada Cyclops Athlete Gaming. Kami juga berpeluang untuk menemu ramah beliau di Arena Spice Setia!

Kamu mungkin pernah mendengar GO1 selepas dia memenangi EVO bulan lepas. Beliau mengalahkan SonicFox dalam DragonBall FighterZ 3: 2 untuk menjadi juara, jadi bagaimana perasaannya? GO1 mengatakan perasaan itu telah lama pudar, tetapi dia masih gembira kerana berjaya menang.

GO1 telah mula bermain DragonBall FighterZ sejak dilancarkan, iaitu sekitar setahun setengah yang lalu dan Vegeta merupakan kegemarannya, bersama dengan Vegeta Blue dan Jiren. Beliau fikir memang lebih sukar untuk menggunakan lower tier character seperti Jiren, tetapi Jiren masih kekal sebagai salah satu watak kegemarannya.

GO1 percaya SonicFox ialah pesaingnya yang terhebat dan apabila ditanya sama ada berminat untuk bermain Mortal Kombat agar mempunyai peluang untuk menentang SonicFox, beliau berkata dia sudah mencuba. Walau bagaimanapun, dengan tutorialnya dalam bahasa Inggeris, beliau tidak beberapa faham tetapi GO1 masih menyatakan hasrat untuk melawan SonicFox jika diberi peluang.

Untuk gamers yang ingin menjadi profesional, GO1 menasihatkan bakal pemain untuk memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dahulu. Jika mereka dapat mencari keseimbangan antara pelajaran dan permainan, dan yakin mempunyai bakat, teruskan usaha dan cuba kehidupan gaming kompetitif.

GO1 dijemput ke Penang Esports Festival 2019, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia kerana meminta beliau untuk datang. serta meminta sokongan berterusan dalam komuniti permainan pertempuran. Kami berharap GO1 terus maju dan kekal cemerlang dalam kejohanan masa hadapan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arena Spice SetiaDragonBall FighterZGO1Penang Esports Festival 2019
Previous Post

[PEF 2019] RAGE UNLEASHED CLASSICOS berdominasi di PEF 2019 PUBG Mobile Tournament!

Next Post

[PEF 2019] Saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri – Juara Evo GO1 menguasai kejohanan Dragon Ball FighterZ!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[PEF 2019] Saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri – Juara Evo GO1 menguasai kejohanan Dragon Ball FighterZ!

[PEF 2019] Saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri - Juara Evo GO1 menguasai kejohanan Dragon Ball FighterZ!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd