Mula ditayangkan di pawagam adalah pada 25 Mei 2023 dan filem Polis Evo 3 kini telah mengutip sebanyak RM 16 juta walaupun baru 4 hari ditayangkan.
Alhamdulillah! Kutipan Polis Evo 3 dah berjaya capai RM16 Juta dalam masa 4 hari tayangan rasmi!! 🎉 Terima kasih Malaysia atas sokongan 👏🚓
Polis Evo 3 Kini Di Pawagam GSC. Jom dapatkan tiket sekarang!🤩🎟#PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 #KitaLagiKuatBoh #AstroShaw pic.twitter.com/MDmBDlvb8c— GSC 🎂 (@GSCinemas) May 29, 2023
Dengan kutipan RM 16 juta dalam masa 4 hari, nampaknya sasaran yang diletakkan oleh pengarah Syafiq Yusof akan tercapai dengan lebih awal di mana dia meletakkan harapan besar untuk mengulangi kejayaan seperti filem-filem yang sebelum ini.
Mungkin Polis Evo 3 akan mencapai lebih banyak kutipan tanpa sebarang masalah dengan lebih cepat. Filem Polis Evo pertama telah mengutip sebanyak RM 18 juta, manakala untuk Polis Evo 2 pula menerima kutipan sebanyak RM 23 juta.

Polis Evo 3 akan mengikuti kisah Inspektor Khai ketika dia menjadi terdesak selepas dendam lama kembali menghantuinya yang mengancam orang ramai dengan pengeboman misteri. Ia diarahkan oleh Syafiq Yusof dengan terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Production.
Filem ini juga mengekalkan pelakon-pelakon lama seperti Shaheizy Sam sebagai Khairul/Inspektor Khai, Zizan Razak sebagai Hassani/Inspektor Sani, Syafiq Kyle sebagai Inspektor Danny, Nora Danish sebagai Anis, Eyka Farhana sebagai Yati, Fauzi Nawawi sebagai Inspektor Farouk, Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal, Sharnaaz Ahmad sebagai Reza dan ramai lagi.

Jadi, kepada sesiapa yang masih belum tonton filem ini, saya sarankan anda untuk pergi ke panggung wayang dan nikmati keseronokan filem ini. Polis Evo 3 kini di TGV dan GSC. Dapatkan tiket anda sekarang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post