Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru 2 minggu, Hogwarts Legacy berjaya jual lebih 12 juta unit – ‘launch’ terbesar oleh WB Games!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Baru 2 minggu, Hogwarts Legacy berjaya jual lebih 12 juta unit – ‘launch’ terbesar oleh WB Games!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Warner Bros. Games mengumumkan bahawa game ARPG Hogwarts Legacy telah menjual lebih daripada 12 juta unit dan memperoleh keuntungan sebanyak $850 juta secara global, hanya dalam tempoh dua minggu sejak dilancarkan di PS5, Xbox Series X|S dan PC. Dengan itu, ia berjaya mengatasi semua rekod yang ditetapkan sebelum ini oleh Warner Bros. Games.

Buat masa ini, Hogwarts Legacy telah mengatasi rekod jualan di tiga platform utama dan memecahkan rekod ‘streaming’ dengan menjadi game single-player terbesar di Twitch dengan maksimum 1.28 juta penonton serentak semasa hari pelancaran.

“Kami sangat teruja dan bangga melihat sambutan pemain terhadap Hogwarts Legacy daripada gamer, peminat yang baharu kepada gaming dan pengulas di seluruh dunia.

Pasukan pembangunan kami di Avalanche menyampaikan pengalaman Dunia Sihir yang menakjubkan dan berkualiti tinggi yang benar-benar memenuhi fantasi peminat di Hogwarts dan pasukan penerbitan kami telah melaksanakan kempen pelancaran yang berkesan secara global.”

kata David Haddad, Presiden, Warner Bros. Games.

Jadi game ini tentang apa?

Berlatarkan tahun 1800-an, game ini menjemput pemain untuk memulakan perjalanan epik sebagai pelajar tahun kelima di Hogwarts, yang dikurniakan kebolehan untuk menggunakan sihir zaman purba yang hebat. Dididik oleh Wizard’s Field Guide dan arahan unik daripada profesor dan watak-watak lain, peminat akan menemui jalan cerita menarik yang dipenuhi dengan cabaran dan misteri mendebarkan.

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh membaca ulasan penuh kami di SINI.


Buat mereka yang berminat, Hogwarts Legacy kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC. Ia akan tersedia pada 4 April untuk PlayStation 4 dan Xbox One, dan 25 Julai untuk Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hogwarts LegacyrekodWarner Bros. Games
Previous Post

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village — Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!

Next Post

Pokémon Scarlet & Violet Perkenalkan DLC Terbaru! Pra-tempah Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pokémon Scarlet & Violet Perkenalkan DLC Terbaru! Pra-tempah Sekarang!

Pokémon Scarlet & Violet Perkenalkan DLC Terbaru! Pra-tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd