Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan TV 4K baru Sony BRAVIA XR 2022 boleh didapati sekarang di Malaysia, lagi mantap untuk gaming

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2022
in Artikel, Berita, Teknologi, Tempatan, TV
0 0
0
Barisan TV 4K baru Sony BRAVIA XR 2022 boleh didapati sekarang di Malaysia, lagi mantap untuk gaming
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengadakan acara pelancaran rasmi di cawangan Lalaport, barisan TV 4K Sony BRAVIA XR akhirnya diumumkan hari ini dan rasmi telah memasuki pasaran Malaysia di mana rangkaian moden 2022 termasuk model pertama yang menampilkan teknologi mini-LED. Yang buat lagi best adalah semuanya boleh didapati sekarang!

Buat mereka yang tidak tahu, paparan mini-LED menggunakan diod pemancar cahaya yang lebih kecil daripada panel LED biasa. Ini bermakna lebih banyak diod boleh dipasang ke dalam skrin, yang meningkatkan tahap kecerahan dan kontras dalam cara yang kita tidak pernah melihat sebelum ini di TV LCD biasa.

Bravia XR X95K

Di Malaysia, model X95K mendahului barisan flagship untuk 2022. Bersama panel mini-LED, ia menampilkan teknologi XR Backlight Master Drive yang memberikan kontras mengagumkan dengan warna hitam tulen, serta pencahayaan puncak lebih tinggi dan ‘blooming’ berkurangan. X95K juga termasuk ciri Cognitive Processor XR, teknologi pemprosesan imej AI yang yang diperkenalkan untuk model mewah pada tahun lepas.

Sony Bravia XR X95K 85″ dijual pada harga RM 28,999.00. Baca spesifikasi rasmi di sini.

Bravia XR X80K

Kemudian kita ada model X80K dan X90K yang juga antara tawaran LED premium oleh Sony untuk 2022. Malangnya, kedua-dua model ini tidak menggunakan teknologi LED mini, tetapi masih datang bersama teknologi pemalapan Backlight Master Drive dan Cognitive Processor XR dengan panel resolusi 4K. Walaupun ciri-cirinya lebih kurang, ia dijual pada harga yang lebih murah – jadi salah satu daripada produk ini mungkin boleh jadi pilihan buat sesiapa yang mencari TV baru.

Bravia XR X90K

Sony Bravia XR X80K datang dalam 3 varian berbeza (55″, 65″, 75″) dan dijual pada harga bermula RM 4,099.00. Baca spesifikasi rasmi di sini.

Sony Bravia XR X90K ppula datang dalam 4 varian berbeza (55″, 65″, 75″, 85″) dan dijual pada harga bermula RM 5,899.00. Baca spesifikasi rasmi di sini.

Setiap model X95K, X90K dan X80K juga menyokong 4K 120Hz melalui HDMI 2.1 serta merangkumi dua ciri eksklusif PS5 iaitu Auto HDR Tone Mapping dan Auto Genre Picture Modes– jadi pemilik konsol next-gen seperti PS5 pasti tiada masalah untuk bermain game kegemaran mereka pada grafik paling cantik dan lancar.

Satu lagi penambahan adalah alat kawalan jauh bagi TV telah direka bentuk semula dan dapat menjalankan Google TV (dengan Android 10) sambil menawarkan pelbagai pilihan streaming, termasuk sokongan AirPlay 2, Chromecast, Netflix, Bravia Core dan lain-lain.

TV Sony BRAVIA XR X95K, A80K dan X90K kini boleh didapati di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: tv
Previous Post

Kelajuan 5G di Malaysia kedua terpantas di dunia, menurut Opensignal

Next Post

Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden akan ditayangkan di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden akan ditayangkan di Malaysia

Crayon Shin-chan: Mononoke Ninja Chinpūden akan ditayangkan di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd