Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan SEKUEL ANIME yang harus ditonton pada 2020!

Nak tahu apa jadi apa protagonis anime kegemaran kamu? Tonton sekuel mereka tahun depan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 17, 2019
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Barisan SEKUEL ANIME yang harus ditonton pada 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

2020 akan bermula tidak lama lagi dan ini bermakna kemunculan beberapa siri anime baru. Senarai ini melihat kepulangan beberapa siri anime TERBESAR yang harus kamu tonton pada tahun 2020. Walaupun terdapat beberapa siri anime terkenal lain yang mendapat sekuel termasuk The Rising of the Shield Hero, Zombieland Saga: Revenge, dan Kaguya-sama: Love is War, sekuel mereka masih belum disahkan untuk 2020. Senarai ini hanya melihat anime yang telah disahkan.

DanMachi: Is It Wrong to Try To Pick Up Girls In A Dungeon? – Julai 2020

Memulakan senarai ini adalah musim ketiga DanMachi: Is It Wrong to Try to Pick Up Girls in a Dungeon. Dihasilkan oleh J.C. Staff, anime fantasy-adventure ini telah menamatkan musim keduanya baru-baru ini. Sambungan kepada musim kedua, Bell Cranel akan meneruskan usahanya untuk menjadi wira terhebat setelah mengalami pelbagai dugaan oleh Hestia Familia dan akhirnya, mendapat penghormatan yang sewajarnya. Musim ketiga DanMachi dijangka akan keluar pada Julai 2020.

Haikyuu!! – Januari 2020 / Julai 2020

Haikyuu!! akan menyiarkan musim keempat dan kelima pada tahun 2020 bertajuk Haikyuu!!: To The Top pada Januari 2020 dan Haikyuu!!: To The Top Second Season pada Julai 2020. Anime drama-sukan ini berkisarkan sukan bola tampar. Hinata Shouyou berminat dengan bola tampar sejak usia yang muda dan menyertai kelab bola tampar di sekolah menengah. Setelah kalah dalam kejohanan pertamanya, Hinata bersumpah akan menjadi yang terbaik dan berazam untuk bekerja lebih keras kerana dia lebih rendah  berbanding atlet biasa.

My Teen Romantic Comedy SNAFU – April 2020

Lebih terkenal dengan nama Jepunnya – Oregairu, My Teen Romantic Comedy SNAFU adalah anime slice of life romantic-comedy. Anime ini akan masuk musim ketiganya selepas menamatkan musim kedua pada tahun 2015. Lama kan menunggu? Studio feel. akan mengambil alih untuk musim seterusnya selepas musim pertama yang hebat daripada studio Brain’s Base. My Teen Romantic Comedy SNAFU mengikuti kisah Hachiman Hikigaya, seorang pelajar yang ingin kehidupan sekolahnya agar selesa. Apabila dipaksa menyertai Volunteer Service Club bersama Yukino Yukinoshita, Hachiman terlibat dengan lebih banyak masalah daripada yang dia jangka. My Teen Romantic Comedy SNAFU akan disiarkan pada April 2020.

Re:Zero Starting Life in Another World – April 2020

Salah satu adaptasi paling hebat oleh White Fox, Re:Zero Starting Life in Another World adalah anime drama fantasi berkisarkan Subaru Natsuki. Dia dicampak ke dunia fantasi di mana dia mempunyai kuasa untuk kembali ke masa silam jika dia mati. Selepas menewaskan spirit demon bernama Betelgeuse Romanee-Conti di musim pertama, Subaru berjaya menyelamatkan Emilia dan lain-lain daripada mati. Dia juga meluahkan cintanya kepada Emilia. Apakah yang akan terjadi pada musim kedua ini? Re: Zero Second Season akan live pada April 2020.

Evangelion: 3.0 + 1.0 – Jun 2020

Salah satu filem anime paling dinanti-nantikan, Evangelion 3.0 + 1.0 adalah filem keempat dalam siri Evangelion Rebuild. Filem ini akan menjadi filem terakhir dalam siri ini dan merupakan sekuel Evangelion: 3.0 yang dikeluarkan pada 17 November 2012. Dihasilkan oleh Studio Khara, Evangelion 3.0 + 1.0 akan keluar pada bulan Jun 2020. Untuk faham jalan cerita filem ini, anda disyorkan untuk bermula dengan Neon Genesis Evangelion > NGE: Death and Rebirth > End of Evangelion > Evangelion Rebuild.

Attack on Titan Final Season – Oktober 2020

Anime terakhir dalam senarai adalah salah satu anime terbesar untuk dekad ini, iaitu Attack on Titan dan dijangka akan keluar pada Oktober 2020 Bermula pada tahun 2013, sudah perjalanan Eren, Mikasa, dan rakan-rakan lain dalam dunia di mana Titans berjalan liar atas bumi. Selepas memecahkan dinding yang melindungi manusia, segalanya menjadu huru-hara dan tanggungjawab jatuh kepada Survey Corps untuk menyelamatkan umat manusia. Selepas ibu Eren dimakan secara zalim oleh seorang Titan, Eren menyertai Survey Corps untuk berjuang demi kemanusiaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2020animesekuel
Previous Post

Vivo V17 membuat kemunculan debut di Malaysia pada nilai harga RM1699!

Next Post

Bukan kita saja yang ada kerja Part time, Superheroes MARVEL pun ada kerja sampingan okay!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bukan kita saja yang ada kerja Part time, Superheroes MARVEL pun ada kerja sampingan okay!

Bukan kita saja yang ada kerja Part time, Superheroes MARVEL pun ada kerja sampingan okay!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd