Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!

Maira by Maira
October 30, 2023
in Artikel, Berita, Game, Senarai
0 0
0
Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang November 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang tertanya-tanya game baru apa yang akan keluar pada bulan November 2023? Kami ada lihat beberapa game menarik yang kami boleh syorkan untuk anda cuba nanti. Antaranya Like A Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name, Persona 5 Tactica, Super Mario RPG dan banyak lagi! Jom kita tengok game gempak lain yang akan keluar sepanjang November 2023!

Star Ocean: The Second Story R [PS5, PS4, Switch & PC] – 2 November

https://www.youtube.com/watch?v=nmqoJZFNOG0

Space Date 366 – seorang pegawai Federation telah mendapati dirinya di sebuah planet mistik. Semasa mencari jalan pulang ke rumah, dia telah berjumpa dengan seorang gadis muda yang membawanya ke sebuah quest untuk menyelamatkan orang-orangnya. Pilih jalan anda dan lihatlah bagaimana takdirnya berubah.

RoboCop: Rogue City [PS5, Xbox Series, Switch & PC] – 2 November

Bandar Detroit telah dilanda beberapa siri jenayah, dan musuh baru mengancam ketenteraman awam. Penyiasatan anda membawa anda terus ke projek berbayang dalam cerita original yang berlaku antara RoboCop 2 dan 3. Terokai lokasi ikonik serta temui wajah yang dikenali dari dunia RoboCop. Peter Weller, pelakon asal telah kembali bertugas untuk menyuarakan cybercop itu.

WarioWare: Move It [Switch] – 3 November

Wario, yang memandu basikalnya di Diamond City, terdengar satu iklan yang mempromosikan Caresaway Island dan mula menarik pelbagai tiket loteri sehingga mendapat tiket hadiah utama, baucar untuk percutian percuma ke Pulau Caresaway. Dia memanggil pekerjanya dan mereka semua berangkat ke pulau itu melalui kapal layar, memakai pakaian percutian. Apabila mereka akhirnya tiba di pulau itu, mereka disambut oleh seorang pelancong.

Football Manager 2024 [PS5, Xbox Series, Xbox One, Switch, PC & Mobile] – 6 November

Football Manager 2024 ialah game simulasi pengurusan bola sepak yang popular. Secara ringkas, anda akan main sebagai Pengurus Kelab Bola Sepak terkenal dan terserah kepada anda untuk membina pasukan yang mampu menjulang trofi.Setiap taktik yang tersedia dalam game, semuanya ditentukan oleh anda. Sama ada anda ialah seorang pengurus yang ingin mengejar kejayaan segera atau lebih suka membina kelab dari bawah dan menghadapi cabaran lebih sukar, itu terpulang kepada pemain.

Like A Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series & PC] – 9 November

Pernah menjadi yakuza legenda, Kazuma Kiryu memalsukan kematiannya sendiri dan meninggalkan namanya demi melindungi keluarganya. Kini, dia didorong ke dalam konflik oleh seorang tokoh misteri yang cuba menghalaunya keluar dari persembunyian.

Tales Of Arise: Beyond The Dawn (DLC) [PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One & PC] – November 9

Tales of Arise: Beyond the Dawn bermula satu tahun selepas kesimpulan kisah utama Tales of Arise. Alphen dan rakan-rakannya yang lain terperangkap dalam dilema di mana mereka dihormati sebagai “Hero” oleh warga Dahna manakala dicaci sebagai “Pemusnah” oleh warga Renan. Secara kebetulan, Alphen dan rakan-rakan bertemu dengan seorang gadis muda bernama Nazamil, yang merupakan anak perempuan kepada seorang “Renan Lord” (yang dahulu menghalang pemain dalam cerita utama) dan seorang Dhanan. Adakah mereka mampu mengubah nasib gadis itu yang ditakdirkan untuk jatuh di bawah sumpahan?

The Day Before [PS5, Xbox Series, PC] – 10 November

Sumber: Fntastic

Berlaku dalam dunia paska-apokaliptik di Amerika, dunia kini dihuni oleh banyak zombi setelah berlakunya pandemik dunia.

Call of Duty: Modern Warfare III [PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, PC] – 10 November

Captain Price dan Task Force 141 berhadapan dengan ancaman terhebat. Vladimir Makarov meluaskan keganasannya ke seluruh dunia menyebabkan Task Force 141 berjuang sehabis-habisnya.

Super Mario RPG [Switch] – 17 November

Bekerjasama dengan sekumpulan wira yang aneh untuk menyelamatkan Star Road dan menghentikan Geng Smithy yang bermasalah. RPG berwarna-warni ini telah mengemas kini grafik dan sinematik yang menambahkan lagi daya tarikan kepada pakatan yang tidak dijangka antara Mario, Bowser, Peach, dan watak asal Mallow dan Geno. Lawati semula dunia luar biasa ini.

Persona 5 Tactica [PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Switch & PC] – 17 November

Selepas satu kejadian aneh, Phantom Thieves berada di sebuah alam yang lain, di mana penduduknya tinggal dalam penindasan yang zalim. Dikelilingi oleh kumpulan tentera bernama Legionnaires, mereka kini dalam bahaya sehinggalah mereka bertemu dengan Erina yang membantu mereka serta menawarkan tawaran yang menarik sebagai pertukaran untuk bantuan mereka.

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm Connections [PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Switch & PC] – 17 November

https://www.youtube.com/watch?v=n27RxZ7vnAU&t=13s

Buat pertama kalinya, sejarah persaingan Naruto dan Sasuke telah dipotong dan digabungkan menjadi satu game! Menggabungkan adegan asal daripada anime Naruto dengan pengalaman pertempuran berkualiti tinggi daripada pasukan pembangunan siri STORM, game ini mengandungi highlight dari permulaan cerita Naruto sehingga pertempuran terakhir siri ini.

Granblue Fantasy Versus: Rising [PS5, PS4 & PC] – 30 November

Sahut cabaran dalam Granblue Fantasy Versus: Rising! Sekuel GBVS yang ini lebih menyeronokkan dan boleh diakses berbanding sebelum ini. Dengan pilihan input yang dipermudahkan, pendatang baru boleh terlibat dalam perlawanan yang mendebarkan dan strategik!


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game November 2023 mana yang anda tidak sabar untuk main? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: Modern Warfare IIIFootball Manager 2024Granblue Fantasy Versus: RisingLike a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His NameNaruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONSPersona 5 TacticaRoboCop: Rogue CityStar Ocean: The Second Story RSuper Mario RPGTales Of Arise: Beyond The Dawn DLCThe Day BeforeWarioWare: Move It
ShareTweetSend
Previous Post

Honor of Kings: World – Lebih Banyak Aksi Dalam Gameplay Baru!

Next Post

Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya “GPS action RPG” Di Mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Next Post
Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya “GPS action RPG” Di Mobile!

Kingdom Hearts Missing-Link Akan Tiba pada 2024, Rupanya "GPS action RPG" Di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd