Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Filem Hebat Yang Akan Ditayangkan di Pawagam Sepanjang Februari 2024!

Maira by Maira
February 2, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Senarai
0 0
0
Barisan Filem Hebat Yang Akan Ditayangkan di Pawagam Sepanjang Februari 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, setiap bulan ada sahaja filem-filem baru yang akan dikeluarkan. Untuk bulan Februari 2024, GSC & TGV Malaysia telah mengeluarkan barisan filem yang bakal ditayangkan di pawagam mereka. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok filem apa yang mereka bawa untuk bulan Februari 2024!

Argylle — 1 Februari

Elly Conway, pengarang siri novel spy terlaris, yang suka bermalam di rumah dengan komputer dan kucingnya, Alfie. Tetapi apabila plot buku fiksyen Elly—yang berpusat pada ejen rahsia Argylle dan misinya untuk membongkar sindiket pengintip global—mula mencerminkan tindakan rahsia sebuah organisasi pengintip kehidupan sebenar, malam yang sunyi di rumah bukan lagi satu realiti. Diiringi oleh Aiden, seorang pengintip yang alah dengan kucing, Elly (membawa Alfie dalam beg galasnya) berlumba merentasi dunia untuk kekal selangkah di hadapan pembunuh apabila garis antara dunia fiksyen Elly dan dunianya yang sebenar mula pudar.

Madame Web — 14 Februari

“Sementara itu, di alam semesta lain…” Berubah daripada genre biasa, Madame Web menceritakan kisah original sendiri tentang salah seorang heroin Marvel yang paling misterius. Filem thriller ini dibintangi Dakota Johnson sebagai Cassandra Webb, seorang paramedik di Manhattan yang mungkin mempunyai kebolehan meramal masa depan. Terpaksa untuk menghadapi rahsasa tentang masa lalunya, dia menjalin hubungan dengan tiga wanita muda yang ditakdirkan untuk masa depan yang berkuasa…jika mereka semua dapat bertahan hidup dalam masa moden yang bahaya.

Spy x Famile CODE: White — 22 Februari

Keluarga Forger menuju ke wilayah Frigis untuk lawatan keluarga selepas Loid mencadangkan kepada Anya bahawa dia membuat manisan melemele rantau itu, yang merupakan manisan kegemaran pengetua Eden Academy dalam pertandingan yang dianjurkan di akademi tersebut. Pemenang pertandingan tersebut akan diberi ganjaran berbentuk Stellar Star. Semasa Yor menangani perasaan tidak senang selepas melihat Loid bersama seorang wanita misteri sebelum perjalanan, Anyatelah menelan coklat yang ditemui dalam kotak yang mencurigakan. Rupa-rupanya coklat tersebut mengandungi rahsia yang menggemparkan dunia.

No Way Up — 22 Februari

No Way Up mengikuti Ava, anak perempuan Gabenor California, yang mengharapkan percutian yang aman bersama rakan-rakan di bandar peranginan Cabo, Mexico – dengan pengasuh setianya Brandon.

Tetapi apabila pesawat itu terhempas di Pacific Ocean dan berhenti di tepi jurang bawah air, Ava dan segelintir mangsa yang terselamat, termasuk bekas jururawat tentera, Mardy dan cucunya, Rosa terperangkap dalam kabin berkunci udara. Menentang segala kemungkinan, Ava mesti membela diri, berdepan dengan jerung yang dahagakan darah, dan mencari keberanian untuk melangkah dan membawa mangsa yang terselamat ke tempat yang selamat.

DUNE Part Two — 29 Februari

“Dune: Part Two” akan menerokai perjalanan mitos Paul Atreides ketika dia bertemu dengan Chani dan Fremen semasa dalam perjalanan membalas dendam terhadap konspirator yang memusnahkan keluarganya. Menghadapi pilihan antara cinta dalam hidupnya dan nasib alam semesta yang diketahui, dia berusaha untuk menghalang masa depan mengerikan yang hanya dia boleh meramalkan.

Ada banyak lagi filem hebat lain yang bakal ditayangkan nanti. Mana satu menjadi pilihan anda untuk layan pada bulan Februari 2024? Kongsikan tajuk filem yang anda nak layan di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Filem Februari 2024Movie Februari 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game PS Plus Februari 2024 — Foamstars, Rollerdrome, Steelrising

Next Post

Impulse Gaming Sambut Cawangan ke-11 Mid Valley dengan Promosi Hebat! Dapatkan Keperluan Gaming Anda Pada 3 & 4 Februari Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Impulse Gaming Sambut Cawangan ke-11 Mid Valley dengan Promosi Hebat! Dapatkan Keperluan Gaming Anda Pada 3 & 4 Februari Ini!

Impulse Gaming Sambut Cawangan ke-11 Mid Valley dengan Promosi Hebat! Dapatkan Keperluan Gaming Anda Pada 3 & 4 Februari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd