Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan baru anime di Netflix diumumkan! Godzilla, Pacific Rim, Baki, dan macam-macam lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Livestream
0 0
0
Barisan baru anime di Netflix diumumkan! Godzilla, Pacific Rim, Baki, dan macam-macam lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengadakan siaran langsung Anime Festival 2020 melalui pada 27 Oktober 2020 hari ini yang menampilkan anime terbaik untuk pasaran global dalam persembahan yang menunjukkan satu demi satu anime akan datang. Penonton dapat menyaksikan siaran langsung ini sekarang yang juga menampilkan pencinta anime seperti Hisanori “Yoppi” Yoshida daripada Nippon Broadcasting News Anchor sebagai MC dan model serta pelakon Rio Uchida sebagai penyokong Khas. Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat anime apa yang diumumkan!

Resident Evil: Infinite Darkness (2021)

Siri ini menceritakan kisah baru di dua garis masa  berbeza. Pada yang pertama, adik beradik perempuan Jade dan Billie Wesker telah dipaksa berpindah ke New Raccoon City ketika remaja. Semakin banyak masa yang mereka habiskan di sana, semakin banyak mereka menyedari bahawa bandar ini mungkin menyembunyikan rahsia gelap. Yang kedua berlaku lebih dari satu dekad ke depan yang menyaksikan jumlah manusia kurang daripada 15 juta di Bumi dan lebih daripada 6 bilion raksasa iaitu manusia dan haiwan yang dijangkiti T-Virus. Jade, yang kini berusia 30 tahun, berjuang untuk bertahan hidup di dunia baru ini, sementara rahsia daripada masa lalunya terus menghantuinya.

 

1 of 2
- +

Godzilla Singular Point (April 2021)

Studio Bones dan Orange telah bekerjasama untuk siri anime baru yang berlangsung di dunia Godzilla yang memaparkan kisah baru yang tidak berkaitan dengan trilogi filem. Diberi nama Godzilla Singular Point, siri Netflix baru akan menampilkan pengarah Atsushi Takahashi (Doraemon the Movie 2017: Great Adventure in the Antartika Kachi Kochi) untuk produksi bersama antara Studio Bones (My Hero Academia) dan Orange (Beastars) yang menggabungkan seni lukis tangan tradisional dengan animasi CG. Pencipta siri Blue Exorcist, Kazue Kato, akan menjadi pereka watak, dan animator Eiji Yamamori daripada filem Studio Ghibli termasuk Princess Mononoke, Spirited Away dan The Wind Rises akan menyediakan reka bentuk untuk Kaiju.

Eden (Mei 2021)

Siri fantasi sci-fi Eden ditetapkan beribu-ribu tahun di masa depan, di mana sebuah bandar yang dikenali sebagai “Eden 3” hanya dihuni oleh robot yang bekas tuannya telah lama hilang. Semasa membuat rutin harian, dua robot secara tidak sengaja terbangun seorang bayi perempuan daripada stasis yang mempersoalkan semua yang dipercayai – bahawa manusia hanyalah mitos kuno yang dilarang. Bersama-sama, kedua-dua robot itu secara diam-diam membesarkan bayi itu di tempat selamat di luar Eden.

Vampire in the Garden (2021)

 

1 of 2
- +

Siri asli oleh WIT STUDIO tentang dua gadis bernama Momo dan Fine yang berasal daripada dua latar belakang berbeza telah bertemu secara kebetulan. Kisah mengenai persahabatan yang tidak dijangka antara manusia dan bangsa vampire yang saling berkait dengan kekuatan atau muzik.

Yasuke (2021)

Yasuke adalah anime akan datang yang dihasilkan oleh studio MAPPA. Ia berdasarkan Yasuke, samurai bersejarah asal Afrika yang berjuang untuk Oda Nobunaga. Dalam Jepun yang penuh dengan perang dan sihir kuno, seorang ronin yang sudah bersara mesti mengangkat pedangnya sekali lagi ketika ditugaskan untuk menghantar seorang kanak misteri yang ingin dibunuh oleh kuasa gelap.

Pacific Rim: The Black (2021)

 

1 of 2
- +

Pada satu masa dahulu, umat manusia berjaya mengalahkan Kaiju. Sekarang, mereka ingin berhijrah ke Australia. Pada tahun 2021, kita diperkenalkan kepada sepasang adik-beradik dan sebuah Jaegar yang telah lama ditinggalkan ketika mereka bertarung di atas benua bahaya di Pacific Rim: The Black.

B : The Beginning Succession (2021)

 

1 of 2
- +

Dalam dunia yang dikuasai oleh teknologi canggih, jenayah sering berlaku di negara Cremona. Anime ini berkisarkan protagonis Kokuu, penyiasat Royal Police Investigator (RIS) Keith, dan sebuah organisasi jenayah misteri. Banyak watak takut akan pembunuh bersiri bernama Killer B, dan jenayah-jenayah yang berlaku di sekeliling. Kini tiba masanya untuk Kokuu dan Keith bongkarkan misteri ini.

Transformers: War For Cybertron Trilogy Chapter 2

With the Allspark lost and Decepticons trapped on a dying Cybertron, Optimus Prime pushes the Autobots to the limit in the depths of space. EARTHRISE, the second chapter of the Transformers: War for Cybertron trilogy, is coming soon. @RoosterTeeth @Hasbro pic.twitter.com/up6g4Qt3QB

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) October 27, 2020

Dengan kehilangan Allspark dan Decepticons terperangkap di planet Cybertron yang hampir mati, Optimus Prime mendorong Autobots untuk pergi ke dalam ruang angkasa. EARTHRISE, adalah bab kedua daripada trilogi Transformers: War for Cybertron. Akan datang tidak lama lagi.

Baki Hanma (2021)

Hubungan ayah-anak yang paling ganas sepanjang sejarah telah mencapai kemuncak apabila Baki Hanma berhadapan dengan si “Ogre” sendiri di musim terbaru siri kejam oleh Keisuke Itagaki!

Thermae Romae Novae (2021)

Apabila pereka bilik mandi Lucius dari Empayar Rom tiba-tiba terperangkap di Jepun moden, dia akan belajar bahawa kedua-dua budaya itu tidak begitu berbeza. Adaptasi anime komedi bilik mandi Thermae Romae Novae oleh Mari Yamazaki akan keluar pada tahun 2021!

Rilakkuma’s Theme Park Adventure (2021)

Dapatkan tiket dan beratur dalam siri pengembaraan stop-motion baru ini dengan Rilakkuma dan Kaoru! Sertai Rilakkuma, Korilakkuma, Kiiroitori, dan Kaoru ketika mereka menjelajahi taman hiburan yang hampir tutup ketika keluaran Rilakkuma’s Theme Park Adventure pada tahun depan.

High-Rise Invasion (Februari 2021)

Ketika Yuri mendapati dirinya berada di dunia ganjil yang penuh dengan bangunan tinggin dan pembunuh bertopeng, dia akan melakukan apa sahaja untuk mencari abangnya dan bertahan hidup. Akan keluar tahun depan, bongkarkan rahsia pencakar langit dalam siri seram aksi High-Rise Invasion.

 

1 of 2
- +

Thus Spoke Kishibe Rohan (2021)

Untuk benar-benar menangkap kecantikan dunia, mangaka ini akan menjelajahi dunia untuk mendapatkan inspirasi! Keempat-empat episod spin-off Jojo’s Bizarre Adventure Thus Spoke Kishibe Rohan akan membuat debut Netflix pada 2021.

The Way of the Househusband (2021)

Dia dahulu adalah anggota yakuza yang paling ganas, dan merupakan seorang lelaki yang meninggalkan banyak legenda dalam dunia underworld. Mereka memanggilnya “Immortal Dragon.” Tetapi suatu hari, dia menjauhkan diri daripada semua itu untuk menempuh jalan yang lain – jalan rumah tangga! Tirai dibuka untuk komedi yakuza ini!

Spriggan (2021)

Cerita ini mengisahkan Yū Ominae, seorang pelajar sekolah menengah yang juga seorang ejen digelar Spriggan yang ditugaskan oleh ARCAM Corporation untuk melindungi artifak kuno daripada tamadun lama yang canggih daripada jatuh ke tangan negara-negara dan entiti yang ingin menyalahgunakannya.

Trese (2021)

 

1 of 2
- +

Sebuah siri anime dari Filipina! Dicipta oleh Budjette Tan dan Kajo Baldisimo, Trese adalah salah satu siri buku komik paling popular dan menceritakan kisah Alexandra Trese, yang menyelesaikan kes-kes ghaib sambil menghadapi aswang di Manila.

Berikut adalah video siaran langsung penuh:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixNetflix Anime Festival 2020
Previous Post

Beraksi dengan kelajuan bersama pedang Samurai dan Parkour? Ini Review Penuh GHOSTRUNNER kami

Next Post

Dihasilkan untuk setiap jenis PRO: Memperkenalkan barisan RAZER BLADE, Core X Chroma dan Tomahawk baru !

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Dihasilkan untuk setiap jenis PRO: Memperkenalkan barisan RAZER BLADE, Core X Chroma dan Tomahawk baru !

Dihasilkan untuk setiap jenis PRO: Memperkenalkan barisan RAZER BLADE, Core X Chroma dan Tomahawk baru !

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd