Rata-rata sudah banyak negara sedang menayangkan Demon Slayer To The Swordsmith Village di pawagam. Tayangan episod pertama untuk musim ketiga itu rupa-rupanya disalah anggap oleh ramai peminat, yang menyangka ianya sebuah filem dan ramai juga yang tidak berpuas hati mengenainya. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Demon Slayer To The Swordsmith Village merupakan tayangan khas buat peminat-peminat siri. Ia meliputi dua episod akhir daripada Entertainment District Arc dan episod pertama untuk Swordsmith Village Arc. Perkara ini sepatutnya diketahui oleh peminat tetapi ada juga yang terlepas berita itu sehingga mengatakan bahawa mereka telah kena “scam” dan mula meminta orang ramai supaya tidak menontonnya.
Kalau anda ingin tahu, tayangan khas ini sebenarnya salah satu promosi yang dilakukan untuk musim ketiga Demon Slayer. Malah trailer juga ada menunjukkan episod yang mereka akan tayangkan. Agak pelik juga mengapa ada yang boleh terlepas berita ini.

Benda ini bukanlah kali pertama ia terjadi. Semasa musim kedua bermula, kita ditayangkan dengan episod untuk Mugen Train Arc yang akhirnya bersambung ke Entertainment District Arc. Disebabkan ramai yang sudah menonton filem Mugen Train ramai juga yang merungut bahawa ia banyak mengulang perkara yang sama dalam filem.

Walaupun begitu, peminat yang tahu apa yang akan ditayangkan dalam Demon Slayer To The Swordsmith Village rata-rata menyukai tayangan tersebut. Lebih-lebih lagi dengan adegan yang melibatkan Upper Rank Twelve Kizuki. Ia juga membantu penonton untuk imbau semula perkara yang terjadi dalam musim kedua sebelum bermulanya musim ketiga siri. Malah ia membuatkan mereka tidak sabar untuk menonton sambungannya pada bulan April nanti.

TGV Cinemas juga sedang menayangkan Demon Slayer To the Swordsmith Village sekarang. Kalau ada yang nak tengok dipersilakan. Bagi kami ia agak berbaloi untuk tonton pada skrin besar dengan sistem bunyi pawagam. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Gamer Santai sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post