Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!

safwan by safwan
November 23, 2022
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Puzzle
0 0
0
Banyak game Studio Onoma bakal dihentikan termasuk Deus Ex Go & Hitman Sniper!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Onoma umumkan bahawa beberapa game di App Store dan Google Play Store akan diberhentikan servisnya pada 4 Januari 2023 termasuk Arena Battle Champions, Deus Ex Go, Hitman Sniper: The Shadows dan Space Invaders: Hidden Heroes.

pic.twitter.com/JJx0GWdIfe

— Onoma (@StudioOnoma) November 22, 2022

Diumumkan melalui Twitter rasminya, pemain tidak akan mempunyai sebarang akses selepas tarikh tersebut. Ini bermakna, apa yang ada pada game tersebut akan hilang. Tidak kira sama ada ianya item berbayar atau percuma, semuanya akan hilang.

Sekiranya anda mempunyai item in-game yang berbayar, mereka menyarankan untuk digunakan sebelum 4 Januari 2023 kerana ianya tidak akan dibayar kembali (refunded).

Hal ini berkemungkinan berkait rapat dengan berita yang dilaporkan pada awal bulan di mana syarikat induk mereka iaitu Embracer Group akan menutup Studio Onoma dan memindahkan kakitangannya ke Eidos Montreal. Sebelum di beli oleh Embracer Group pada bulan Mei yang lepas, Studio Onoma telah dikenali sebagai Square Enix Montreal.

Studio Onoma sangat terkenal dengan game mobile dengan menampilkan pelbagai francais termasuk Deus Ex dan Tomb Raider di mana mereka memperkenalkan game Deus Ex Go dan lara Craft Go.

Dengan memindahkan kakitangan ke Eidos Montreal, kita boleh jangkakan yang studio tersebut sedang sibuk dan memerlukan tambahan pekerja bagi menyelesaikan game tersebut. Studio tersebut telah dilaporkan sedang membantu Microsoft dengan francais Fable.

Jadi, kalau anda masih bermain game daripada Studio Onoma termasuk Arena Battle Champions, Deus Ex Go, Hitman Sniper: The Shadows dan Space Invaders: Hidden Heroes, saya sarankan untuk berhenti daripada membeli segala in-game item dan sambung bermain secara percuma tanpa membeli apa-apa. Saya bukan menghalang daripada bermain tetapi hanya membeli sahaja kerana anda tidak akan dapat duit kembali.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deus Ex GOHitman Sniper: The ShadowsStudio Omona
Previous Post

PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project — Convallaria & Lost Soul Aside!

Next Post

“Bot upahan Scalper” makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
“Bot upahan Scalper” makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!

"Bot upahan Scalper" makin kurang membeli PS5, menurut kajian data! Tapi konsol masih tiada stok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd