Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Koleksi GTA baru ini tersedia sebagai versi terbaru untuk permainan 3D trilogy GTA. Walaupun ramai yang berpuas hati dengan penambahbaikan model dan gameplay, tetapi ada yang perasan bahawa beberapa cheat code dari GTA asal tidak boleh digunakan dalam Definitive Edition ini. Rich Rosado, pernerbit di Rockstar telah menjelaskan behawa beberapa cheat code terpaksa dibuang kerana masalah teknikal. Walaupun trilogi yang asal dibina menggunakan RenderWare, versi remaster ini menggunakan Unreal Engine dan itu yang menyebabkan beberapa cheat code tidak boleh digunakan.

Walaupun Rosado telah menjelaskan tentang cheat yang hilang itu, dia tidak menyatakan cheat code mana yang tidak tersedia dalam remaster ini. Dan ini menyebabkan ramai pemain yang membuat eksperimen mereka sendiri. Dalam proses itu, ada yang menjumpai beberapa cheat code baru yang diselitkan oleh Rockstar. Contohnya dalam GTA: Vice City anda boleh menukar cuaca kepada salji. Terdapat juga mode big head yang boleh dipakai menggunakan kod KONAMI. Walaupun begitu, masih ada banyak cheat code kegemaran yang masih tersedia dalam koleksi remaster ini.

Senarai Cheat Code GTA yang tidak boleh digunakan
GTA III
GTA III ialah permainan 3D pertama dalam siri GTA dan ia adalah tajuk yang membawa francais itu ke dalam kejayaannya sehingga sekarang. Dengan kebebasan gameplay di dunia terbuka itu, digabungkan dengan kisah penjenayah di Liberty City, ia masih memikat pemain hingga hari ini. Sebagai Claude, protagonis yang pendiam tetapi mempunyai dendam yang kuat selepas rompakan bank tidak berjaya.
Terdapat dua cheat yang seronok telah dibuang dari GTA III Definitive Edition. Kod itu adalah:
- Cars – Flying
- Cars – Invisible

GTA: Vice City
Vice City merupakan permainan yang paling menarik dari segi estetika. Latar permainan ini diilhamkan oleh Miami semasa 80-an dan media yang mempengaruhi era itu. Tommy Vercetti, dengan baju Hawaii dan kebijaksanaannya menjadikan dia salah satu protagonis yang paling diingati dalam siri ini. Berikut adalah cheat code yang telah dibuang dari Vice City:
- Big Wheels
- Cars – Invisible
- Pedestrians – Armed Females

GTA: San Andreas
Tidak banyak permainan yang telah memperoleh kejayaan dan kontroversi seperti GTA: San Andreas. Permainan yang dilancarkan pada 2004 ini mengisahkan CJ yang kembali ke kawasan kejiranannya di Los Santos dan mendapati bahawa gengnya, Grove Street Families dalam keadaan yang teruk. Semasa dia cuba membawa gengnya kepada kegemilangan seperti dulu, dia perlu berhadapan dengan kumpulan lain, polis dan banyak lagi.

Kebebasan di San Andreas sangat mengagumkan menjadikannya permainan sandbox yang baik untuk menimbulkan kekacauan. Dengan kombinasi kod yang betul, sudah pasti keadaan boleh menjadi lebih huru hara. Berikut merupakan cheat code yang korang tidak boleh gunakan lagi di San Andreas:
- Adrenaline Mode
- Beach Party
- Bunny Hop HIgh
- Cars – Float When Hit
- Cars – Flying
- Cars – Invisible
- Destroy Cars
- Full Weapon Aiming While Driving
- Infinite Health
- Kill CJ
- Maximum Sex Appeal
- No Hunger
- Pedestrians- Ninja
- Improved Handling
- Recruit Anyone with Rockets
- Spawn Jetpack
- Theme – Funhouse
- Theme – Kinky
- Theme – Rural
- Theme – Triad

Dengan semua cheat code yang tidak boleh digunakan lagi, itu tidak bermakna korang tak boleh berseronok semasa bermain. Tetapi jika anda nak dapatkan trophy dan achievement di PS, jangan sesekali pakai cheat code ini. Semua code ini telah dicuba di PS5, jadi ia mungkin berbeza untuk platform lain seperti PC, Xbox dan Switch. Jika ada cheat code yang tidak menjadi, anda boleh mencuba input kod tersebut dengan lebih laju kerana ia mempunyai masa yang singkat untuk cheat dimasukkan terutamanya dalam GTA III dan Vice City.
Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition tersedia pada Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S. Port Android dan iOS dijadualkan akan keluar pada awal 2022.
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post