Bandai Namco Entertainment Asia hari ini mengumumkan bahawa Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 akan menganjurkan “GBO Spring Festival 2022” mulai 31 Mac 2022. Game ini merupakan game online untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 yang telah dilancarkan pada 2018.
Bersempena dengan “GBO Spring Festival 2022”, Bandai Namco Entertainment Asia ingin memberikan “item in-game” eksklusif kepada 3,000 pemain pertama untuk berpeluang memenangi . “Item in-game” yang akan diberikan adalah GM.SC [ML] & Nero Mobile Suit, Custom Parts” Enhanced Melee & Firing Program, Tenda Begin – Operator Voice dan 100,000 DP.

Berikut adalah cara-cara untuk memenangi giveaway ini:
- “Like” dan kongsi Facebook post.
- Isi butiran anda di laman web rasmi Bandai Namco Entertainment Asia.
- Pastikan anda kongsi post tersebut secara public jika tidak, penyertaan anda akan dibatalkan.
- Kod penebusan akan diberikan pada 4 April melalui email.
Medan perang meluas ke angkasa. Kalahkan musuh dengan Mobile Suit anda atau lancarkan serangan mengejut sebagai infantri… Fahami arus pertempuran yang berubah-ubah, dan dapatkan kemenangan anda!
6v6 online multiplayer: Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 membolehkan anda bertarung bersama rakan anda.
Selesaikan pertempuran dan misi yang banyak dan jadilah pilot terkemuka!
Menurut PlayStation.
Jadi, kepada peminat dan pemain Gundam Battle Operation 2 apa tunggu lagi? Jom kita dapatkan “item in-game” eksklusif ini. Untuk lebih banyak berita tentang Gundam, sila klik disini.

@gamersantaimy
Discussion about this post