Bandai Namco hari ini telah menukar logo korporat di semua halaman termasuk laman web rasmi dan media sosial, serta mempunyai slogan baru untuk mempromosikan game mereka.

Dalam siaran akhbar, Bandai Namco mengumumkan bahawa perubahan ini akan bermula hari ini (1 April 2022) sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang di mana setiap produk dan game yang dikeluarkan mulai bulan April 2022 akan menampilkan logo baharu Bandai Namco.
Logo Bandai Namco akan bertukar daripada tema oren dan kuning ikonik kepada logo merah di mana nama syarikat akan terletak dalam speech bubble berwarna merah yang mewakili semangat, keseronokan, aktif dan keberanian. Mungkin ada yang tertanya – “Mengapa nama Bandai Namco berada dalam speech bubble?” Ini mewakili idea untuk menghubungkan orang ramai dan juga mengingatkan budaya manga Jepun, yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia.

Di bawah logo tadi adalah slogan yang berkata “Fun for All into the Future”. Secara ringkas, matlamat Bandai Namco adalah untuk mencipta permainan yang dapat menghubungkan orang ramai dan masyarakat sehingga ke masa depan.
Mungkin ada yang tidak suka dengan logo terbaru Bandai Namco kerana sudah terbiasa dengan imej oren kuning ikonik tetapi saya anggap ini adalah langkah yang bagus untuk maju. Fasa baru, mestilah imej baru kan?
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba game terbaru dari Bandai Namco, mereka baru saja mengeluarkan Triangle Strategy, Chocobo GP, dan .hack//G.U. Last Recode pada bulan lepas. Ada yang kami sudah menulis review yang korang boleh baca lebih lanjut di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post