Semasa State of Play, Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan game sci-fi third person shooter baharu, Synduality dan bakal dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Game ini akan berlaku pada tahun 2222 beberapa tahun selepas hujan beracun misteri yang dipanggil “The Tears of the New Moon”. Hujan beracun ini telah menghapuskan sebahagian besar umat manusia dan melahirkan makhluk cacat yang kini memburu manusia.
Disebabkan bencana ini berlaku, manusia terpaksa membina pangkalan bawah tanah yang dipanggil Amasia dan di sinilah bermulanya projek untuk membuat Artificial Intelligence (AI) Magus.

Dalam game ini, pemain akan bermain sebagai Drifters, sekumpulan manusia yang mencari rezeki dengan mengumpul kristal AO, sumber yang jarang dijumpai di Bumi. Dalam perjalanan mereka mencari kristal AO, pemain perlu menghadapi makhluk xenomorphic yang dikenali sebagai Enders.
Untuk mengharungi Enders, pemain perlu bekerjasama dan bergantung pada Magus dengan membimbing, membantu dalam pergaduhan dan memberikan arahan, petunjuk dan amaran kepadanya. Pada masa yang sama, ia akan membina ikatan antara pemain dan AI dan sekali gus mengukuhkannya.

Bukan setakat itu sahaja, game ini juga menyediakan perlawanan PvPvE di mana pemain akan menjumpai pemain lain dan Enders semasa perjalanan mencari kristal AO. Tetapi ini hanya tersedia untuk mode online di mana pemain lain ingin menyelesaikan misi mereka dan mungkin akan mengganggu progress anda. Jadi hati-hati semasa membuat mission dalam mode online.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Synduality akan dilancarkan pada tahun 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai State of Play, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post