Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 adalah diantara game anime yang sangat seronok dimainkan dengan grafik dan jalan cerita yang hebat. Baru-baru ini, Bandai Namco telah memfailkan satu trademark di Eropah untuk “Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS”.
Dengan melihat tajuk yang difailkan itu, kita boleh menjangkakan yang ianya adalah berkaitan dengan francais Naruto. Hal ini kerana, “Ultimate Ninja Storm” itu sendiri telah menjadi trademark kepada game Naruto yang dibangunkan oleh CyberConnect2 bersama Bandai Namco.

Sebelum adanya Ultimate Ninja Storm 4, siri ini telah berkembang dengan sangat pesat dan ramai peminat yang tertarik dengan siri ini. Berikut adalah senarai game Naruto dalam siri Ultimate Ninja Storm:
- Naruto: Ultimate Ninja Storm (2008)
- Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 2 (2010)
- Naruto Shippuden Ninja Storm Generations (2012)
- Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full Burst (2013)
- Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Revolution (2014)
- Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 (2016)

Memandangkan Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 telah menceritakan tentang “Fourth Shinobi World War”, kita boleh menjangkakan yang jalan cerita dalam game terbaru ini akan membawa para peminat Naruto ke generasi yang seterusnya dengan lebih mendalam iaitu Uzumaki Boruto bersama kawan-kawannya.

Walau bagaimanapun, cerita mengenai Boruto telah pun diperkenalkan sebelum ini di dalam DLC Ultimate Ninja Storm 4 yang bertajuk Road to Boruto di mana ia meliputi keseluruhan filem Boruto: Naruto the Movie. Jadi besar kemungkinan para peminat akan melihat babak-babak di dalam anime Boruto akan diadaptasi ke dalam game pula.

Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan oleh Bandai Namco ataupun developer itu sendiri. Jadi, selamat untuk mengatakan yang ianya adalah game Naruto tanpa sebarang andaian yang lain. Apa pendapat anda tentang Bandai Namco memfailkan trademark kepada tajuk “Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS” di Eropah? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post