Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom 2019] Bandai Namco berjaya menyeimbangkan Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows!

Saitama tidak boleh melepaskan kuasa sepenuhnya?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[Gamescom 2019] Bandai Namco berjaya menyeimbangkan Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows!
Share on FacebookShare on Twitter

Protagonis One Punch Man, Saitama, adalah seorang lelaki botak yang sangat kuat dan tidak dapat dikalahkan serta akan menghancurkan apa saja yang menghalangnya. Permainan pertempuran yang membintangi hero botak ini masalahnya mempunyai satu dilema: bagaimana seseorang mengimbangi watak yang tidak boleh dikalahkan? Namun entah bagaimana, nampaknya otak-otak di Bandai Namco menemui cara.

Bandai Namco melancarkan trailer Gamescom untuk One Punch Man: A Hero Nobody Knows, sebuah permainan pertempuran yang dibintangi pelbagai watak daripada anime One Punch Man. Di dalamnya, kita boleh lihat bagaimana Saitama digunakan dalam gameplay teras. Dia benar-benar tidak dapat dikalahkan dan memusnahkan segala-galanya dengan satu tumbukan, tetapi ia akan mengambil sedikit masa sebelum korang boleh menggunakan kebolehannya yang luar biasa.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows menggunakan sistem Hero Arrival. Ketika pertempuran berlangsung, Saitama akan menuju ke medan perang. Dengan berlawan dengan lebih baik menggunakan kombo dan block yang sempurna, Saitama akan lebih laju, dengan itu mempercepatkan ketibaannya untuk menyertai pertarungan. Korang harus bertahan cukup lama dan lakukan yang terbaik untuk Saitama beraksi.

Game ini juga mempunyai pertempuran 3v3 dengan watak-watak ikonik seperti Mosquito Girl dan Hellish Blizzard. Trailer ini juga menunjukkan beberapa watak baru, seperti hero S-Class dalam Hero Association. Kami melihat Silver Fang, tuan seni mempertahankan diri, Terrible Tornado yang dahsyat, dan akhirnya Atomic Samurai. Sudah tentu, watak-watak lain seperti Mumen Rider dan Genos juga membuat penampilan dalam game.

Kami masih tidak tahu tarikh pelepasan One Punch Man: The Hero Nobody Knows, tetapi ia dibikin dengan baik. Kemungkinan, ia akan dilancarkan pada tahun depan, dan kita tahu ia juga tersedia untuk PS4, Xbox One, dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoGamescomOne Punch ManOne Punch Man: A Hero Nobody KnowsSaitama
Previous Post

[Gamescom 2019] – SEGA Mengumumkan YAKUZA REMASTERED COLLECTION Akan hadir di PlayStation 4!

Next Post

6 Sebab untuk Bermain Human Fall Flat di Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
6 Sebab untuk Bermain Human Fall Flat di Mobile!

6 Sebab untuk Bermain Human Fall Flat di Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd