Setiap bulan pasti ada sahaja game baru yang akan dilancarkan. Bandai Namco Entertainment juga mempunyai beberapa game menarik untuk bulan Disember ini. Jom kita lihat barisan game mereka!
Romancing SaGa -Minstrel Song- Remastered

Romancing SaGa: Ministrel Song Remastered ialah versi baru daripada game PS2. Akan datang ke iOS, Android, Switch, PS5, PS4 dan Steam dengan penambahan baru.
DRAGON QUEST TREASURES
Erik dan kakaknya Mia tinggal di kapal panjang Viking, mengimpikan hari mereka boleh meneroka dunia untuk mencari harta karun. Pada suatu malam mereka bertemu dengan Porcus dan Purrsula dan dibawa pergi ke tempat misteri yang dikenali sebagai Draconia – tempat legenda yang penuh dengan khazanah yang hanya menunggu untuk ditemui. Pengembaraan yang selalu diimpikan oleh Erik dan Mia akhirnya menjadi kenyataan!
CRISIS CORE –FINAL FANTASY VII– REUNION
Game ini tertumpu pada Zack Fair, seorang ahli organisasi paramilitari SOLDIER yang ditugaskan untuk mencari SOLDIER Genesis Rhapsodos yang hilang. Semasa dia mencari Genesis, Zack menemui asal usul Genesis iaitu Projek G yang berkait dengan dua SOLDIER berpangkat tinggi lain, Sephiroth dan Angeal Hewley. Jalan cerita game ini akan membawa pemain dari peperangan antara Shinra Electric Power Company dan penduduk Wutai ke peristiwa di Nibelheim.

Selain itu, ada satu lagi berita menarik buat peminat Bandai Namco Entertainment. Acara 12 Days of Xmas Giveaway sedang dijalankan di halaman Facebook rasmi mereka! Kalau anda tertarik dengan giveaway tersebut, anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah yang diberikan. Pelbagai hadiah menarik yang menanti anda!
*Giveaway hanya terhad kepada pemain di Asia Tenggara
Banyak lagi game baru yang akan menemui pemain pada awal Januari 2023. Dimulakan dengan Dragon Ball Z: Kakarot untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, One Piece Odyssey dan Tales of Symphonia Remastered! Anda boleh wishlist dahulu game ini.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post