Saya ada berita baik untuk peminat Kamen Rider di Malaysia! Pada 3 September lalu, Bandai telah mengumumkan wireless earbud bertema Kamen Rider yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat audiovisual Jepun, Aviot. Earbud ini dapat berinteraksi dengan sebuah aplikasi mobile yang memainkan efek bunyi “Henshin” (transformasi) dari semua Kamen Rider pada era Heisei.
Produk ini adalah berdasarkan model popular TE-BD21j yang dihasilkan oleh Aviot dan mempunyai Bluetooth, pengecasan pantas Type C, dan sokongan kodeks AAC dan SBC serta kalis air dengan penilaian IPX4. Sebagai produk eksklusif, TE-BD21j diberi penampilan baru supaya lebih “kena” dengan imej Tokusatssu di mana earbud kini memiliki reka bentuk putih, lambang Kamen Rider, dan perkataan “HENSHIN”.

Seperti yang saya kata di atas, pengguna dapat memuat turun aplikasi mobile bertajuk Henshin Voice Changer dan seterusnya memilih salah satu dari 20 suara Kamen Rider di era Heisei (dari Kamen Rider Kuuga hingga Kamen Rider Zi-O). Earbud tersebut kemudian akan memainkan kesan bunyi terpilih apabila ia disambungkan ke peranti. Untuk saja-saja suka, pengguna juga dapat memainkan kesan bunyi ini sekali lagi dengan menekan butang logo di earbud kanan.

Bandai sudah membuka pra-pesanan untuk Wireless Earbud “Kamen Rider” sejak 3 September 2021 dan akan menutup tempoh pra-pesanan pada 12 September 2021, atau apabila pesanan mencapai jumlah yang ditetapkan. Produk ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember 2021. Jadi kenapa saya sebut ini berita gembira untuk peminat Malaysia? Itu kerana halaman P-Bandai menunjukkan bahawa mereka mungkin akan menjual earbud yang sama di luar Jepun.
Sebelum ini, kami telah mengongsikan yang PREMIUM BANDAI telah membuka laman rasmi Shopee di Malaysia. PREMIUM BANDAI atau lebih dikenali sebagai P-Bandai merupakan sebuah kedai dalam talian yang menjual koleksi dari siri-siri anime popular termasuk Gundam. Mereka juga sering berkolaborasi secara eksklusif bersama syarikat Jepun lain termasuk Bandai Hobby, Candy Toy, Gashapon dan banyak lagi. Jika sumbernya betul, pengguna Malaysia pun akan mendapat peluang untuk membeli wireless earbud Kamen Rider ini.
Untuk segala liputan kami tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post