Bandai hari ini telah mengumumkan kedatangan siri kit model baru, iaitu Gundam Breaker battlogue dari game Gundam Breaker Mobile. Pengumuman ini dibuat di Gundam Conference yang pertama, dan Ketua Pegawai Gundam, Koji Fujiwara juga telah melancarkan program Gundam Universal Century Development Action (GUDA). Model kit ini dibina berdasarkan game, dan menampilkan versi yang diubahsuai dari Mobile Suit klasik dan moden.

Barisan model kit Gundam Breaker Battlogue ini akan tersedia dalam gred HG, serta ketinggian figura berskala 1/144, dan akan menjadi set pemasangan snap-fit yang terperinci. Namun, Bandai Namco tidak menyatakan tarikh pelepasan untuk barisan model ini, dan hanya berkongsikan gambaran beberapa model yang akan dilancarkan nanti.
Pengubahsuaian telah menjadi sebahagian besar daya tarikan buat peminat Gundam sekarang, kerana pasaran Gunpla sejak 10 tahun yang lalu lebih kearah kit penyesuaian bebas. Seperti siri Gundam Breaker dan manga Gunpla Builder, kedua-duanya memberikan anda peluang untuk membinanya mengikut spesifikasi sendiri.
Bandai telah berjaya membawa projek Gundam Build Fighters lebih jauh, dan menghasilkan banyak anime serta siri web live-action yang baru sahaja diumumkan. Model kit baru ini juga sangat sesuai untuk dibuat pengubahsuaian, kerana Bandai telah melancarkan pek peningkatan pilihan.

Selain itu, semasa Gundam Conference, Bandai turut menyatakan mengenai projek GUDA, dimana mereka membincangkan mengenai program untuk menyelesaikan isu populasi manusia dan alam sekitar yang berlaku hari ini. Syarikat tersebut ingin memastikan impian Universal Century seperti dalam siri Gundam menjadi kenyataan untuk generasi akan datang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek Gundam Open Innovation, anda boleh layari ke laman web rasmi Bandai Namco. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami berkaitan Gundam, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post