Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bakal hadir di update PUBG MOBILE 0.18.0: Miramar 2.0, SMG P90, & mode baru ZON BIRU!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2020
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, iOS, Mobile
0 0
0
Bakal hadir di update PUBG MOBILE 0.18.0: Miramar 2.0, SMG P90, & mode baru ZON BIRU!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim 12 untuk PUBG Mobile hampir berakhir, dan kemas kini baru akan tiba tidak lama lagi. Di sini, beberapa laporan daripada beta PUBG Mobile versi China menunjukkan bahawa banyak perkara menarik akan ditambah dalam versi 0.18.0 akan datang. Jika video oleh YouTuber Rey Lagarto terbukti betul (video di bawah), maka kita akan melihat SMG baru, kemas kini untuk WIN 94, perubahan peta dan banyak lagi.

Winchester 94 besertakan skop

Kami telah melihat kebocoran ini pada masa lalu, dan versi PUBG PC mempunyai ciri ini di mana Win94 akan merima “built-in scope“. Ini akan menjadi skop 2.7x dan menjadikan Win94 sedikit lebih versatil untuk membolehkan pemain menggunakannya sebagai sniper.

SMG P90

Sekiranya senjata baru ini ditambahkan ke dalam permainan, ia pasti akan menjadi SMG (sub-machine gun) kegemaran semua orang. P90 dapat mengambil sehingga 50 peluru sekaligus dan menawarkan kadar tembak yang lebih tinggi untuk membunuh musuh dengan lebih cepat. Ia memerlukan peluru 9mm tetapi nampaknya mempunyai jarak terhad. Mengenai “attachment“, SMG ini menyokong “muzzle“, “sight“, dan “foregrip“.

Miramar 2.0

Peta padang pasir Miramar akan mendapatkan banyak penambahan dan perubahan. Pertama sekali, terdapat beberapa kawasan di peta yang akan menjadi litar lumba. Anda boleh memandu kenderaan melalui litar ini. Ada juga beberapa kawasan baru di peta termasuk bandar perairan baru bernama Oasis. Seterusnya, ada satu lagi bandar baru dan kawasan peruntuhan di peta untuk diterokai juga.

Mirado adalah salah satu kenderaan terbaik di Miramar , dan jika anda bernasib baik, anda boleh menggunakan versi emas dengan kemas kini baru. Peta ini juga mendapatkan mesin layan diri baru yang akan mengeluarkan barangan penting termasuk “energy drink” dan “painkiller“.

Mod Safety Scramble

Satu lagi mod istimewa akan diadakan di PUBG Mobile. Di mod Safely Scramble, zon biru yang biasa kita lihat masih ada tetapi terdapat penambahan zon biru kecil di dalam zon selamat. Pemain akan kehilangan HP jika merea berada di zon biru kecil tersebut. Laporan lain pula mengatakan bahawa zon biru kecil ini akan menandakan zon selamat pada fasa seterusnya. Kesimpulannya, anda harus pantas dan simpan banyak ubat untuk bertahan dalam mod ini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 0.18.0Miramar 2.0mod Safely Scramblepubg mobileSMG P90UpdateWinchester 94
Previous Post

Reka pakaian PUBG MOBILE & rebut peluang untuk memenangi IPHONE 11 PRO!

Next Post

*SPOILER* Manga BORUTO mendedahkan misi sebenar organisasi jahat KARA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
*SPOILER* Manga BORUTO mendedahkan misi sebenar organisasi jahat KARA!

*SPOILER* Manga BORUTO mendedahkan misi sebenar organisasi jahat KARA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd