Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bajet 2023 – Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!

safwan by safwan
October 11, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Industri, Tempatan
0 0
0
Bajet 2023 – Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 yang merangkumi segala peruntukan kepada semua rakyat Malaysia. Dari bantuan keluarga sehingga ke komuniti digital, semuanya ada.

Dalam pembentangan tersebut, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz mengumumkan yang Urban Transformation Centre (UTC) akan diubah menjadi hab digital dengan bantuan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Perubahan ini akan menjadikan sebuah hab digital yang menjalankan urus niaga tanpa tunai dan menggalakkan pelbagai aktiviti digital seperti esports. Dengan secara tidak langsung, dapat dimanfaatkan oleh belia setempat.

Sementara itu, Kerajaan melalui MDEC akan mempelopori usaha mentransformasi UTC sebagai hab digital. Antaranya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara tanpa tunai di samping menggalakkan pelbagai aktiviti digital seperti esports dan pengekodan untuk manfaat belia setempat.

Selain itu, kita juga didedahkan yang kerajaan mempunyai rancangan besar untuk membangunkan esports di mana mereka bersedia mengeluarkan bajet sehingga RM 13 juta. Peruntukan ini adalah sebahagian daripada RM 332 juta yang diperuntukkan dalam program latihan dan fasiliti sukan.

Melihatkan kepada pentingnya program latihan dan fasiliti sukan yang terbaik, sejumlah 332 juta ringgit disediakan antaranya:

Keempat: 13 juta ringgit untuk pembangunan esports.

Namun, peruntukan pada tahun ini lebih sedikit berbanding pada tahun-tahun sebelum ini dengan menyaksikan Bajet 2022 sebanyak RM 20 juta, Bajet 2021 sebanyak RM 15 juta dan Bajet 2020 menyediakan sehingga RM 20 juta.

Dengan pembubaran kerajaan semalam, kami tidak pasti sama ada Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu masih boleh diguna pakai atau tidak. Harap-harap, Bajet 2023 masih diteruskan kerana banyak inisiatif yang dicadangkan ke arah dunia digital.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bajet 2023Esports
Previous Post

The Quintessential Quintuplets Movie Hadir Ke Malaysia Di GSC Terpilih Bermula 20 Oktober Ini!

Next Post

Rupa Kamen Rider Black Sun di dedahkan – fokus kepada penonton dewasa!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Rupa Kamen Rider Black Sun di dedahkan –  fokus kepada penonton dewasa!

Rupa Kamen Rider Black Sun di dedahkan - fokus kepada penonton dewasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd