Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana Xbox menyokong produksi game indie di Asia Tenggara [gamescom asia 2022]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2022
in Artikel, Berita, Indie, Industri, Tempatan
0 0
0
Bagaimana Xbox menyokong produksi game indie di Asia Tenggara [gamescom asia 2022]
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk hari kedua gamescom asia 2022, Jun Shen Chia selaku Global Expansion Incubator Manager -yang berpengalaman membantu pasaran Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong untuk membawa pelbagai game ke ekosistem Microsoft dan Xbox- telah berkongsi cara-cara bagaimana Xbox membantu game indie dalam aspek pemasaran.

Berikut adalah isi pembentangan:

Pada zaman moden ini, internet, media sosial dan game adalah cara utama untuk orang ramai terus berhubung antara satu sama lain. Walaupun ramai berhujah ada banyak perkara negatif di dalam internet, tidak boleh dinafikan bahawa masih ada banyak kandungan baik, dan game/permainan video adalah salah satu.

Pertama sekali, permainan video boleh membantu mendidik dan memupuk empati orang. Dengan kemunculan filem seperti Never Alone dan Brothers: A Tale of Two Sons, ia mempamerkan kehandalan permainan video sebagai “mesin empati”.

Jun Shen Chia berkata bahawa “selepas kenaikan populariti untuk ‘self-publishing/game terbitan sendiri’ dan peningkatan sokongan konsol dan komuniti dalam talian, sesiapa sahaja boleh membina game impian, dan Xbox bersedia untuk menyokong mereka yang mengejar impian itu.”

Xbox mempunyai program yang dicipta khusus untuk mempamerkan pelbagai game dari seluruh dunia bernama ID@Xbox -direka khusus untuk mempamerkan game indie yang dianggap “menyeronokkan untuk bermain dan berkongsi dengan seluruh dunia. Melalui ID@Xbox, mereka telah menyumbang sebanyak 2 bilion USD kepada pemaju game indie sebagai tanda sokongan mereka.

Selain ID@Xbox, Jun Shen Chia juga menyebut bahawa mereka sentiasa membantu pemaju dengan menyediakan sokongan langsung, developer kit, sijil dan sebagainya. Xbox meletakkan tumpuan khusus kepada Asia Tenggara, dan merancang untuk membantu pemaju di rantau ini dalam tiga cara berbeza iaitu Pendidikan, Ekosistem dan Pemasaran.

Jangan pula kita lupa tentang Game Pass! Menurut Jun Shen Chia, 9 per 10 pemain yang menyertai Game Pass akan mencuba game yang disetakan. Tambahan pula, game di dalam Game Pass mempunyai sosial engagement tiga kali lebih banyak, berbanding dengan game yang tidak disertakan dalam Game Pass.

Jun Shen Chia juga mendedahkan bahawa pemain di pasaran Asia-Pasifik lebih tertarik pada game domestik, dan beliau berpendapat bahawa ini adalah sama untuk rantau Asia Tenggara. Sedemikian dengan itu, dengan meningkatkan pelaburan dalam game domestik, ia seterusnya akan meningkatkan jumlah mereka yang bermain.

Maka, tamatlah pembentangan. Budaya dan sejarah rantau Asia Tenggara adalah kuasa besar bagi pemaju game, dan salah satu perkara paling bagus adalah semua pemaju telah berkumpul untuk menyokong satu sama lain, dan ini merupakan antara sebab mengapa pasaran Asia Tenggara akan berjaya.


Untuk membaca segala liputan kami tentang gamescom asia 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asia Tenggaragamescom asia 2022Jun Shen Chiaxbox
Previous Post

Temu Ramah Bersama Xian “Team Razer” — Penerimaan Street Fighter 6 Daripada Pemain Serta Kejohanan Offline [Gamescom Asia 2022]

Next Post

Football Manager 2023 buka akses awal beta – tersedia untuk PC sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Football Manager 2023 buka akses awal beta – tersedia untuk PC sekarang!

Football Manager 2023 buka akses awal beta - tersedia untuk PC sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd