Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana untuk menjadi Vtuber? Sesi Q&A bersama PapaHolo, xFate & Azman Zulkiply!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Bagaimana untuk menjadi Vtuber? Sesi Q&A bersama PapaHolo, xFate & Azman Zulkiply!
Share on FacebookShare on Twitter

Gelombang Vtuber di seluruh dunia semakin besar! Malaysia juga tidak terlepas dengan trend tersebut lebih-lebih lagi dengan kemunculan ramai Vtuber tempatan tidak kiralah secara indie ataupun melalui syarikat. Kami pasti mesti ramai yang ingin tahu cara bagaimana Vtuber membuat debut mereka dalam industri besar ini. Berita baiknya, terdapat panel khas yang diadakan bersama MyHoloTV semasa acara Comic Fiesta 2022 dan kami berpeluang untuk menyertainya!

Kepada anda yang tidak mengenali MyHoloTV, merupakan sebuah agensi perintis Vtuber di Malaysia yang ditubuhkan pada 2020. Kalau anda pernah melihat atau terserempak dengan klip Liliana Vampaia, dialah Vtuber pertama yang debut daripada MyHoloTV.

Bersama kita dalam panel ini ialah Kel Win Tan (CEO MyHoloTV), xFate (ilustrator Liliana Vampaia) dan Azman Zulkiply (Pengarah suara MyHoloTV). Semasa panel tersebut banyak juga benda yang kami ketahui tentang produksi Vtuber serta proses bagaimana terlahirnya Liliana Vampaia. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca!


Kel Win Tan, atau lebih dikenali sebagai PapaHolo oleh peminat mengatakan bahawa keseluruhan proses untuk menghasilkan Vtuber memakan masa hampir 6 bulan keseluruhannya, daripada segi visual, reka bentuk watak dan bakat. Untuk 2 bulan pertama, mereka lebih banyak menghabiskan masa menyelidik dan melihat anime yang popular pada waktu itu.

Pada masa yang sama, pencarian bakat juga dilakukan. Selepas menjumpai bakat dan selesaikan proses kontrak, mereka akan mulakan sesi latihan sebelum debut sebagai Vtuber. PapaHolo ada berkata bahawa Vtubing itu sendiri bukanlah macam anime seperti yang disangka orang ramai. Ianya sesuatu yang lebih daripada itu.

Memandangkan Malaysia masih lagi baru dalam industri Vtuber ini, mereka memerlukan pertolongan daripada sumber lain dalam mencari bakat untuk sertai MyHoloTV. Agak terkejut juga apabila uji bakat dibuka, hampir 700 penyertaan telah dihantar, tidak kiralah bakat dari dalam negara mahupun luar negara. Tambahnya lagi, Azman turut membantu dalam pemilihan bakat yang sesuai dengan apa yang mereka ingini.

Sumber: MyHoloTV

Kalau anda ingin tahu, MyHoloTV itu sendiri dibangunkan secara berseorangan oleh PapaHolo menggunakan wangnya sendiri. Dia menasihatkan agar indie Vtuber lebih tumpukan kepada pembinaan persona dan melatih lakonan suara mereka daripada menghabiskan wang yang banyak kepada model watak. Jika kedua-duanya sudah cukup bagus dan mempunyai dana yang cukup, barulah anda mula sibuk mencari pelukis untuk mereka watak. Kalau boleh buat sendiri lebih jimat.

PapaHolo menyambung, pada bulan ketiga bermulalah proses rekaan model watak. Menariknya, inilah kali pertama xFate mereka watak anime penuh. Dia juga kata bahawa ianya agak mencabar dan banyak rekaan Liliana yang telah direka telah ditolak.

Semasa panel, xFate telah menunjukkan rekaan-rekaan awal untuk Liliana. Prototype Lili juga pada awalnya lebih seksi dan berwarna-warni daripada yang sekarang ini. Setelah mengambil kira beberapa faktor, xFate telah memudahkan lagi rekaan Liliana supaya ia lebih harmoni dan mudah untuk dihasilkan untuk cosplay.

PapaHolo ada menambah bahawa semasa mereka watak, lebih baik jika ia mempunyai 3 titik tarikan. Jika ia lebih daripada itu, watak boleh jadi terlampau serabut dan susah untuk dicam.

Sebagai contoh, Lili mempunyai mata heterochromia, kolar pada lehernya serta pakaian gaya gothic-nya sebagai tarikan.

Sumber: MyHoloTV

XFate turut memberikan sedikit nasihat kepada pereka watak. Katanya lebih baik jika anda boleh memberikan seberapa banyak pilihan kepada pelanggan anda. Sebabnya mereka mungkin mempunyai idea atau visual yang berbeza daripada artis. Mungkin dalam banyak-banyak rekaan itu, ada yang hampir sama dengan apa yang pelanggan mahukan. Jadi anda hanya memperbaharui rekaan tersebut nanti.

Bercerita tentang bakat, Azman memainkan peranan sebagai pelatih kepada bakat di MyHoloTV. Seperti yang dia katakan, Vtubing itu bukanlah sepenuhnya lakonan suara, di mana anda mempunyai skrip lakonan. Jadi ianya penting untuk mereka kekalkan suara mereka sepanjang livestream yang kebiasaannya berlangsung selama sejam atau dua jam. Ia juga penting untuk mereka menjaga tekak mereka, kerana bercakap dengan lama sambil mengekalkan suara sudah pasti sukar.

Seperti yang kita tahu, livestream Vtuber memang secara spontan. Sudah pasti ada yang gugup semasa bersiaran. Jadi, Azman turut mengajar bakat mengawal rasa gementar mereka dengan menggunakan perasaan tersebut semasa livestream. Seperti Lili, dia kadang-kadang ketawa kecil untuk menutup rasa gugup itu. Kalau anda pernah melihat livestream Lili, ia sememangnya dengar natural tanpa rasa kekok langsung.

Sumber: MyHoloTV

Bercerita tentang persona pula, bakat boleh terus membina persona mereka sehingga mereka berasa selesa semasa menjadi persona tersebut. Mereka sudah tentu akan mendapat lebih banyak pengalaman sepanjang livestream, lebih penting sekali mereka akan mengenali penonton mereka. Sebab itu, kalau anda menonton video debut mereka dan bandingkannya dengan yang sekarang, anda boleh nampak perbezaannya.

Kami rasa hampir setiap Vtuber yang kami tonton memang sangat berbeza daripada debut mereka. Malah mereka juga lebih selesa dengan penonton, siap boleh bergurau lagi. Jadi jangan risau sangat jika anda melakukan kesalahan semasa livestream. Belajar daripadanya dan perbaiki apa yang boleh. Kadang-kadang kesilapan itu juga boleh menjadi tarikan kepada penonton.

Itu sahaja yang kami boleh kongsi untuk panel ini. Anda yang tidak pernah menonton Vtuber tempatan kita, Liliana Vampaia, boleh pergi ke saluran Youtubenya! Jom support bakat hebat kita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Liliana VampaiaMyHoloTVVTuber
Previous Post

One Piece Odyssey bawa nostalgia, kembali ke Marineford dan Dressrosa!

Next Post

“Kisah Suka Duka di Comic Fiesta 2022” — Pengalaman Semasa Acara ACG Terbesar di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Kisah Suka Duka di Comic Fiesta 2022” — Pengalaman Semasa Acara ACG Terbesar di Malaysia!

"Kisah Suka Duka di Comic Fiesta 2022" -- Pengalaman Semasa Acara ACG Terbesar di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd