Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bagaimana Microsoft merahsiakan penampilan Keanu Reeves di E3 2019!

Keanu Reeves sebagai Johnny Silverhand.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Bagaimana Microsoft merahsiakan penampilan Keanu Reeves di E3 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Antara kejutan terbesar di E3 tahun ini ialah apabila CD Projekt RED mendedahkan Cyberpunk 2077 akan dibintangi Keanu Reeves sebagai salah satu watak utama. Walaupun sambutan yang Reeves terima semasa presentation di atas pentas persidangan media E3 Xbox sangat positif, proses untuk menyembunyikan kehadiran pelakon tersebut daripada kantoi atau bocor juga sangat hebat.

Rupanya idea untuk Reeves muncul semasa segmen persidangan media Cyberpunk 2077 ialah daripada CD Projekt RED. Ketua kepada Xbox, Phil Spencer mengakui ada beberapa kesangsian pada permulaan, kerana terdapat banyak peristiwa penampilan selebriti di E3 yang tidak berjalan lancar. Walaubagaimanapun, hasil daripada perancangan yang bijak daripada Xbox dan CD Projekt RED, kedua-dua pihak ini berjaya menyimpan rahsia paling besar di E3 tahun ini daripada bocor.

Dalam satu temubual bersama Variety, Spencer berkata Reeves tidak muncul di Microsoft Theater sehingga pagi persidangan media. Untuk memastikan hanya sedikit sahaja yang tahu rancangan sebenar Xbox, seorang pelakon ganti diupah untuk Reeves semasa raptai, dengan nama samaran diberi kepada pelakon tersebut agar tiada sebarang kecurigaan menimbul. Reeves diletakkan di sebuah bilik hijau bersebelahan ke belakang pentas Spencer, dan duduk bersama pasukan development Cyberpunk 2077, yang menunjukkan build kepada game sebelum beliau membuat kemunculan agungnya.

Jelas sekali, penampilan Keanu Reeves ialah satu kejutan kepada semua yang menonton di rumah, mereka yang hadir ke event, dan juga Reeves sendiri. Ini ialah salah satu peristiwa kegemaran saya daripada E3 tahun ini. Reeves pun kelihatan seperti menikmati saat-saat indah bersama semua orang di dalam bangunan, sebelum meninggalkan pentas dengan mengumumkan tarikh keluaran rasmi Cyberpunk 2077.

Reeves memainkan peranan sebagai watak Johnny Silverhand, seorang rockstar lagenda di Night City, metropolis besar dunia game Cyberpunk 2077. Silverhand memegang dendam kepada korporasi Arasaka, yang mengakibatkan kehilangan tangannya. Melalui tona gelap Night City yang digunakan di dalam trailer dan gameplay demo untuk Cyberpunk 2077, backstory Silverhand amat sepadan dengan jalan cerita game ini. Sehingga tahap mana pemain boleh bekerjasama dengan watak Reeves masih tidak boleh dipastikan, dan hanya boleh diberitahu apabila game ini berlancar tahun depan.

Cyberpunk 2077 akan keluar pada 16 April, 2020 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ConsoleCyberpunk 2077E3 2019Keanu ReevesMicrosoftPCPlayStation 4Xbox One
Previous Post

Mod Team Deathmatch 4V4 Kini Hadir di PUBG Mobile dan Cecah Rekod 50 Juta Pengguna Aktif

Next Post

RPG Stranger Things untuk peranti mobile pada tahun 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
RPG Stranger Things untuk peranti mobile pada tahun 2020!

RPG Stranger Things untuk peranti mobile pada tahun 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd