Untuk menyiapkan satu bab setiap minggu sememangnya kerja yang sukar dengan pelbagai kerja yang perlu dilakukan untuk satu hari. Kadang-kadang anda juga pasti nampak pengumuman mengenai mangaka yang mengambil cuti kerana faktor kesihatan. Baru-baru ini, mangaka Jujutsu Kaisen, Akutami Gege mengumumkan bahawa siri manga tersebut akan berehat selama seminggu kerana faktor kesihatan yang lemah. Jangan risau, kerana Akutami kini semakin pulih.
Bab seterusnya dijadualkan untuk isu majalah Weekly Shonen Jump seterusnya pada 18 Mac ini. Sebelum ini, perkara yang sama berlaku kerana kesihatan Akutami yang kurang baik.
Manga Jujutsu Kaisen dilancarkan dalam majalah Weekly Shonen Jump pada Mac 2018 dan telah mendapat sambutan hebat daripada pembaca seluruh dunia. Siri ini juga telah mendapat adaptasi anime daripada studio MAPPA pada 2020 sebanyak 24 episod. Musim kedua untuk anime juga telah diumumkan pada bulan lepas dan akan ditayangkan pada tahun 2023. Filem Jujutsu Kaisen 0 kini ditayangkan di pawagam TGV.

Anda boleh membaca Jujutsu Kaisen melalui platform rasmi, MangaPlus. Ia merupakan laman manga milik Shuiesha dan ianya percuma. Jadi, anda tidak perlu risau tentang langganan dan sebagainya. Buat masa ini, platform tersebut memberikan pas percuma untuk membaca kesemua bab untuk siri manga terpilih. Tetapi ianya hanya tersedia di aplikasinya sahaja. Berikut adalah sinopsis rasmi daripada MangaPlus:
Untuk beberapa sebab yang pelik, Yuji Itadori, walaupun mempunyai kebolehan atletik yang luar biasa, dia suka bergaul dengan kelab kultus. Walau bagaimanapun, dia kemudia mendapat tahu bahawa ilmu kultus itu adalah benar apabila ahli kelabnya diserang! Sementara itu, Megumi Fushiguro yang misteri sedang menjejaki objek sumpahan gred khas dan pencariannya membawanya ke Itadori…
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post