Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ayaneo Air Review – PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Komputer, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ayaneo Air Review – PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah masa yang terbaik untuk menjadi PC gamer, bukan kerana harga GPU yang semakin turun tetapi terdapat satu konsol handheld yang baru dilancarkan. Konsol itu diberi nama Ayaneo Air. Untuk mengenal pasti sama ada konsol handheld ini mampu memberikan prestasi yang sangat tinggi, kami telah mencuba bermain-main dengan menggunakan konsol ini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai prestasi Ayaneo Air, ini kami sediakan review terbaik untuknya.

Unit kami datang dengan spesifikasi seperti berikut:

  • Paparan: 5.5″ 1980 x 1080
  • Storan: 512GB + slot microSD
  • APU: AMD Ryzen 5 5560U
  • RAM: 16GB RAM
  • Port pengecas: Dua slot pengecas USB type C.

Harga untuk unit kami ini adalah RM3999.

Reka bentuk

Pertama sekali untuk review ini saya ingin katakan ialah reka bentuk Ayaneo Air sangat selesa untuk dipegang. Sudah pasti pereka bentuk produk ini telah memberikan usaha sepenuhnya dalam bentuk ergonomik. Saiz Ayaneo Air ini lebih kecil jika ingin dibandingkan dengan Steam Deck dan Nintendo Switch. Dengan berat hanya 398 gram, saya rasa produk ini mempunyai berat yang sesuai untuk dimainkan dalam jangka masa yang lama tanpa menyakitkan lengan.

Satu lagi perkara yang saya boleh puji ialah butangnya yang juga selesa untuk ditekan, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Tetapi Ayaneo Air ini terdapat satu masalah dimana ia menggunakan single-block directional pad (D pad) pada belah kiri dan bukan secara berasingan. Selain itu, D padnya pula diletakkan terlalu tinggi dan membuatkan saya rasa tidak selesa untuk menggunakannya.

Untuk reka bentuk pada trigger di bahagian belakang pula kelihatan pelik sedikit kerana ia lebih panjang dan melengkung ke luar. Ia bukanlah sesuatu yang mengganggu jika anda menggunakan Ayaneo Air ini untuk bermain game racing seperti Forza Horizon 5 atau fighting seperti Tekken 7. Tetapi jika anda bermain game shooter yang memerlukan tindak balas dan klik yang pantas, pasti akan terasa leceh kerana bentuknya membuat menekan trigger terasa tidak selesa.

a

Bagi bahagian port pula, Ayaneo Air mempunyai 2 port USB-C untuk mengecas peranti dan juga menyokong DisplayPort 1.4. Ini bermakna anda boleh menyambung Ayaneo Air anda bersama monitor atau TV untuk mendapat pengalaman bermain yang lebih seronok. Anda boleh pilih ikut keselesaan sendiri sama ada ingin menggunakan prot pengecas di bahagian atas atau bahagian bawah. Selain itu, Ayaneo Air juga menyediakan 3.5mm headphone jack di bahagian bawah bersebelahan dengan slot microSD jika anda ingin menambah storan.

User Interface (UI)

Ayaneo Air juga dilengkapi dengan app tray, sejenis aplikasi yang membolehkan anda pin aplikasi lain padanya untuk dilancarkan dengan cepat melalui butang logo Ayaneo. Yang peliknya, ia tidak berfungsi dengan baik untuk mengesan permainan untuk dimasukkan ke dalam aplikasi, lebih mudah untuk anda melancarkan aplikasi Steam, kemudian pilih permainan pilihan anda daripada Steam.

Ia juga membenarkan anda menyesuaikan butang anda, tetapi saya tidak menemui menu untuk penyesuaian tersebut. Memandangkan butang hanya mengikut susun atur controller biasa, ia tidak terlalu diperlukan, tetapi ia adalah sesuatu yang bagus untuk hadir.

Pengalaman menggunakan Ayaneo Air

Satu masalah ketika saya menggunakan Ayaneo Air ialah ia mempunyai sensor putaran. Seperti telefon, anda boleh memutarkannya dalam mana-mana arah dan ia akan mengorientasikan skrin. Sebagai seseorang yang suka bermain sambil baring, ia amat menjengkelkan kerana skrin tiba-tiba akan berputar pada bila-bila masa jika peranti bergerak terlalu banyak. Lebih teruk lagi, sesetengah game akan ikut berpusing membuatkan saya berasa geram. Sejujurnya, saya tidak jumpa bagaimana cara untuk mematikan mode putaran tersebut.

Prestasi gameplay

Tidak terkejut kerana prestasi gameplay Ayaneo Air sangat konsisten. Jika anda ingin mencari cara untuk mengakses game PC tanpa perlu mengeluarkan komputer gaming, Ayaneo Air adalah jawapannya.

Cuma anda jangan harapkan Ayaneo Air mampu memainkan game resolusi maksimum dan gameplay 60 FPS. Anda tidak akan boleh mendapat prestasi seperti itu daripada peranti mudah alih yang padat, dan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada konsol itu adalah tidak adil. Walau bagaimanapun, anda masih boleh bermain game AAA seperti Destiny 2 dan ia mampu memberi pengalaman yang memuaskan. Tetapi untuk membuatkan Ayaneo Air mampu memainkan game tersebut, anda akan dapat merasai kekurangan di bahagian grafik.

Selain itu saya juga anda mencuba game seperti Guilty Gear Strive, Jojo’s Bizarre Adventure, Skullgirls dan Hyper Light Drifter. Untuk Guilty Gear Strive, saya seperti sudah dapat jangkakan bahawa Ayaneo Air tidak dapat memainkan game ini, sama seperti Steam Deck.

Saya tidak sangka game Jojo’s Bizarre Adventure dapat dimainkan dengan prestasi framerate yang stabil dan mampu memberi grafik yang memuaskan. Tidak lupa juga Skullgirls, game ini sebenarnya mampu dimainkan di Ayaneo Air. Tidak hairan kerana kita tahu betapa bagusnya game ini.

Untuk game indie Hyper Light Drifter, ia berjalan dengan agak lancar. Kekal pada 60 FPS dan tiada frame drop. Bagi saya, peranti mungkin sesuai untuk game indie yang tidak memerlukan pengalaman game AAA seperti Destiny 2 dan sebagainya. Disebabkan game ini menggunakan pixel art style, warna pada skrin OLED sangat menyerlah dan menarik.

Pendapat

Bagi saya, Ayaneo Air berfungsi dengan lebih baik sebagai konsol sokongan. Sebagai contoh, katakan saya perlu pergi ke luar bandar dan tidak bawa komputer riba kerana ia sangat besar, jadi pilihan yang saya ada ialah Ayaneo Air untuk bermain game PC.

Ia juga berfungsi dengan lebih baik jika anda tahu tentang jenis game yang ingin anda mainkan. Jika anda jenis yang hanya mahukan fps tinggi dan visual yang cantik, anda mungkin tidak mahu bermainnya di Ayaneo.

Tetapi jika anda suka game indie yang mempunyai gaya seni yang pelbagai dan tidak membebankan, anda mungkin akan suka untuk bermain di Ayaneo Air. Lagipun, ia mampu menggabungkan Steam Library yang lebih besar dan mudah di bawa seperti Nintendo Switch.

Memang diakui, harganya agak tinggi. RM3999 adalah sangat mahal, tetapi boleh dipertimbangkan kerana ia menyokong paparan resolusi 1080p mengatasi Nintendo Switch, anda boleh menganggapnya sebagai “Switch Pro”.

Ini sahaja review daripada kami untuk Ayaneo Air. Ikuti Gamer Santai untuk banyak lagi review game daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ayaneo Airreview
Previous Post

Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!

Next Post

[Review] OlliOlli World: Finding the Flowzone – DLC terakhir sebagai pelengkap!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] OlliOlli World: Finding the Flowzone – DLC terakhir sebagai pelengkap!

[Review] OlliOlli World: Finding the Flowzone - DLC terakhir sebagai pelengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd