Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, tetapi pada hujung minggu yang lalu, acara Anime Expo yang berlangsung di Los Angeles telah memberikan pelbagai pengumuman menarik untuk peminat anime dan manga. Semasa acara itu juga, MAPPA telah melepaskan trailer rasmi baharu untuk Attack on Titan The Final Season Part 4 yang akan ditayangkan pada musim luruh 2023 (anggaran Oktober – Disember).
Buat masa ini tiada tarikh tetap yang diumumkan. Kalau dalam teaser pertama, kita mendengar Eren sahaja yang berkata-kata. Tetapi untuk trailer rasmi baharu ini, Armin pula yang mula menyampaikan sedikit kata-kata daripada manga. Mikasa juga mengucapkan selamat tinggal kepada Eren. Walaupun trailer tersebut hanya 30 saat, banyak juga spoiler yang ditunjukkan. Pembaca manga pasti tidak sabar untuk menontonnya nanti.

Buat anda yang masih belum menonton bahagian Attack on Titan The Final Season Part 3 Part 1, bolehlah singgah ke platform seperti Netflix dan iQIYI.
Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Attack on Titan merupakan karya manga oleh Hajime Isayama dan pertama kali diterbitkan dalam Bessatsu Shounen Magazine pada tahun 2009. Siri manga tersebut sudah pun berakhir pada bulan April 2021 dengan jilid ke-34.

Ia telah mendapat adaptasi anime oleh Wit Studio pada tahun 2013 dan telah diambil alih oleh MAPPA untuk musim terakhir yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan setakat anime sahaja, siri ini juga mendapat adaptasi filem live action, novel dan juga game, tidak kiralah konsol mahupun mobile.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post